web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Simpang Jeram: Latihan TVET Untuk Anak Muda Jadi Keutamaan 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2023 7:41PM

Calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Menyedari status Muar sebagai pengeluar perabot terbesar Malaysia, calon PRK Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman berhasrat mahu mempromosi dan memperkasakan lagi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), dalam kalangan anak muda di kawasan ini.

Nazri Abdul Rahman berkata ini lebih-lebih lagi dengan projek pembinaan kira-kira 400 hektar bagi pembangunan Muar Furniture Park (MFP) di Bakri, Muar, yang dilihat mampu memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di kawasan sekitar, termasuk di Simpang Jeram.

“Saya ada iltizam supaya generasi muda yang berpendidikan hingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak berminat sambung pelajaran dalam bidang akademik, digalakkan mengambil TVET. Di Muar kita ada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) serta kolej vokasional yang boleh menyediakan latihan yang bersesuaian.

“Malah, kerajaan pun turut memberi galakan kepada golongan belia untuk menyertai program TVET ini dan apabila tamat belajar kelak, mereka boleh ditempatkan di kawasan industri berkenaan apabila ia siap nanti,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

MFP yang membabitkan kawasan seluas 399.4 hektar, adalah hub bersepadu pengeluaran perabot negara yang dilancarkan pada April 2018 dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024. 

Nazri berkata keadaan ekonomi yang sedang memulih daripada kesan pandemik COVID-19, ditambah dengan faktor peluang pekerjaan yang agak terhad ketika ini, menyebabkan sebahagian anak muda yang meliputi kira-kira 30 peratus daripada penduduk di Simpang Jeram, berhijrah keluar.

“Jika mereka kekal bekerja di sini, sudah tentu keadaan hidup mereka lebih baik kerana kos hidup rendah, dapat pendapatan baik dan sekurangnya-kurangnya dengan status bandar Muar sebagai bandar perabot, serta bandar bunga-bungaan, ia dapat bantu generasi Y Simpang Jeram,” katanya.

Industri perabot negara mencatatkan eksport RM19 bilion tahun lalu, dengan 60 peratus daripada industri perabot berada di Muar.

Pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Nazri berdepan saingan tiga penjuru menentang calon PN iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular Dr Mohd Mazri Yahya, serta calon bebas yang juga ahli perniagaan S.Jeganathan.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi berkenaan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub Salahuddin, pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept, diikuti hari pengundian 9 Sept. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pembiayaan Tambahan RM200 Juta Disediakan Untuk Program TVET - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Strategi Baharu Akan Dirangka Pastikan Bakat TVET Relevan - Steven Sim

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Generasi Muda Perlu Diberi Peluang Dalam TVET Berteknologi Tinggi - Ahmad Zahid

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar