web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orang Melayu Jangan Leka, Tunai Tanggungjawab Keluar Mengundi - Presiden PAS

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 5:56PM

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU TERENGGANU - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru orang Melayu menunaikan tanggungjawab mereka iaitu mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

Katanya, permintaan itu dibuat kerana sebahagian besar orang Melayu didapati tidak cakna dengan tanggungjawab mereka, berbanding kaum lain.

"Mengundi adalah kewajipan memilih kerajaan, ini tangggungjawab dan kewajipan yang sangat besar...tak boleh di bayar dengan RM50, RM100 atau RM200. Duit hanya sementara di dunia, tapi tunaikan tanggungjawab mengundi jangan leka.

"Orang Cina duduk di Australia, New Zealand balik mengundi bayar tambang beribu-ribu. Mereka 90 peratus keluar mengundi, tapi orang Melayu hanya 68 peratus keluar mengundi sebab ramai tak nak ambil tahu," katanya dalam program Ceramah Perdana di sini, malam tadi.

Pada masa sama, katanya, pengundi Melayu wajib menyokong Perikatan Nasional (PN) kerana gabungan itu yang paling konsisten memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam.

Beliau turut mengulangi kenyataannya mengenai kepentingan PN untuk memenangi enam PRN kali ini, kerana kemenangan itu akan menyebabkan kerajaan pusat jatuh.

"Apa yang penting kuasa politik di tangan orang Islam. Pilihan raya ini sangat penting bukan untuk Ajil, Kuala berang dan Terengganu.

"Tapi untuk seluruh Malaysia kerana kalau berubah kemenangan besar di enam PRN kita boleh ambil alih kerajaan pusat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Dr Alias Razak mendakwa Pas negeri itu akan menerima ‘serangan hendap’ menerusi pelbagai fitnah dilemparkan terhadap parti itu bagi mengelirukan pengundi menjelang hari pengundian esok.

Namun, beliau tidak menyatakan secara khusus pihak lawan atau parti yang akan melakukan serangan itu tetapi dipercayai merujuk kepada Barisan Nasional (BN).

“PAS mendapat maklumat bahawa dalam keadaan terdesak pihak lawan akan melancarkan serangan hendap bermula lewat petang ini sehingga ke tengah malam nanti. 

“Bermacam- macam fitnah dan berita palsu akan disebarkan kepada orang awam menerusi pelbagai platform,” katanya dalam sidang media hari ini di sini.

Oleh itu, Alias menyeru penyokong dan pengundi di negeri itu supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang akan disebarkan itu.

“Kita gesa pengundi jika nampak maklumat ini segera menyekatnya daripada disebarkan ke mana- mana saluran lain,” katanya.

Pada masa sama, beliau yakin pengundi di negeri pantai timur itu akan tetap memilih PAS dan menolak gabungan BH serta Pakatan Harapan (PH), kerana gabungan itu sangat rapuh susulan persaingan antara parti komponen.

“Lebih parah lagi apabila wujudnya usaha untuk menjatuhkan sesama sendiri dalam BN seperti yang terbongkar beberapa hari mutakhir ini.

“Jelas sekali bahawa jenama 'perpaduan' yang ditampilkan gabungan berkenaan hanya bersifat kosmetik untuk menipu rakyat,” katanya. Getaran, 11 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar