web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Noh Omar Sahkan Tidak Bertanding, Tapi Akan Pastikan BN-PH Kalah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 1:43PM

Noh Omar mengesahkan beliau tidak akan bertanding di Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang di bawah tiket Perikatan Nasional (PN) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar mengesahkan beliau tidak akan bertanding di Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang di bawah tiket Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada pemimpin muda mewakili rakyat di Selangor.

“Saya tidak bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang, (saya rasa) cukuplah buat masa ini.

“Saya ingin memberi peluang kepada muka baharu, seperti di Selangor sendiri, ramai tokoh muda yang boleh diketengahkan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sebaliknya, Noh berkata, beliau akan mengelilingi Selangor untuk memastikan gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) ditewaskan pada PRN itu.

Malah, beliau yakin PN boleh merampas negeri berkenaan jika hanya ada pertembungan dua penjuru menentang BN-PH .

“Sebab itu semasa saya menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, saya memberitahu kepimpinan untuk memastikan tidak ada pertembungan tiga penjuru di Selangor antara BN, PH dan PAS kerana ia akan menjejaskan parti.

“Saya kata kita perlu mencari jalan untuk mengelak pertembungan tiga penjuru dan ramalan saya disahkan apabila PH menang, manakala PAS dan BN kalah di Selangor, sama sepertipada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14,” tambahnya.

Noh berpendapat, BN boleh memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Selangor, jika pertembungan tiga penjuru tidak berlaku, seperti PRU-15 baru-baru ini.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan keputusan UMNO untuk bekerjasama dengan mantan musuh parti berkenaan, iaitu DAP dan PH di bawah Kerajaan Perpaduan.

Awal tahun ini, Noh yang menjadi ahli UMNO selama lebih 30 tahun, dipecat daripada parti itu selepas mendakwa ia tersasar daripada perjuangan asal. – The Vibes, 18 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Sah! Peja Tidak Bertanding PRN, Yakin PN Ada Cukup Pemimpin

2

Politik 3 tahun yang lalu

Noh Jadi Penceramah Bebas, ‘Saya Datang Jika Dijemput Mana-Mana Parti Politik’

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Noh Dilarang Adakan Program Di Dewan Menggunakan Namanya Sendiri

4

Politik 3 tahun yang lalu

Pemecatan Khairy, Noh, Penggantungan Ahli UMNO Sah Ikut Perlembagaan Parti

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek