web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Noh Jadi Penceramah Bebas, ‘Saya Datang Jika Dijemput Mana-Mana Parti Politik’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 7:13AM

Biarpun kini sedang berehat selepas dipecat daripada UMNO, Noh Omar bersedia untuk memberikan ceramah sekiranya diminta berbuat demikian - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar memaklumkan beliau bersikap terbuka untuk menerima jemputan daripada mana-mana parti politik, termasuk UMNO sebagai penceramah bebas.

Katanya, biarpun kini sedang berehat selepas dipecat daripada UMNO, beliau bersedia untuk memberikan ceramah sekiranya diminta berbuat demikian.

Beliau berkata, ia termasuk jika dijemput semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Sekarang saya tengah berehat, tetapi yang pasti saya jadi penceramah bebas.

“BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) nak jemput saya bagi ceramah masa PRN nanti, saya akan bagi ceramah. Kalau PAS nak jemput pun saya akan datang.

“Kalau UMNO sudi nak jemput, jemputlah, tiada masalah,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Beliau turut berkongsi gambarnya sedang memotong kek bersama beberapa individu menerusi hantaran itu.

Pada 27 Januari lalu, Noh yang juga mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Memaklumkan perkara itu kepada media, Noh berkata, keputusan terbabit disebut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika membacakan nama ahli dipecat atau digantung pada permulaan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Jelasnya, Ahmad Zahid pada mulanya mengumumkan penggantungnya selama enam tahun, tetapi beliau meminta supaya dipecat.

“Bagaimana presiden boleh menggantung saya sedangkan saya sudah dipanggil lembaga disiplin untuk bertemu mereka pada 30 Januari? Apakah jenis undang-undang hutan yang dia (Zahid) ikut?

“Saya beritahu dia, ‘jangan, jangan gantung saya, lebih baik pecat saya’. Apa gunanya berada dalam parti yang tersasar daripada perjuangan asal?

“Presiden berkata ‘jika anda mahu dipecat, maka baiklah. Dia berkata okey, dengan ini, saya dipecat. Saya memberitahunya ‘terima kasih’,” kata Noh dengan nada marah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, MKT membuat keputusan memecat Noh dan mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kerana melanggar disiplin parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Parti itu juga, katanya, menggantung keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff. – Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Tahan Aktivis GSF Perbuatan Zalim, Bebaskan Mereka Segera!’ - Anwar

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad