web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2024 9:26PM

Ahmad Zahid Hamidi berucap pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jeli hari ini. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JELI – UMNO akan memuktamad senarai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri minggu depan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO Gua Musang telah menyenarai pendek nama calon bagi PRK berkenaan.

"Saya amat menghargai surat (yang mengandungi senarai nama calon) daripada Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah) dan akan bawa perkara itu ke biro politik untuk dimuktamadkan minggu depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jeli di sini hari ini.

Beliau berkata kekalahan UMNO di Kelantan termasuk DUN Nenggiri pada pilihan raya negeri yang lepas membuatkan parti itu tidak pernah mengambil ringan perkembangan politik semasa dan akan berusaha mendekati penggundi bagi memastikan kemenangan pada PRK berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, UMNO yakin dapat merampas kembali kerusi DUN Nenggiri pada PRK yang berlangsung 17 Ogos depan dan meminta semua jentera Barisan Nasional bekerja keras.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan Kerusi Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan turun ke setiap negeri untuk merasmikan mesyuarat bahagian yang telah ditentukan oleh Ibu Pejabat UMNO dalam usaha memberi semangat kepada akar umbi.

"Kita kena bekerjasama untuk mengambil alih Parlimen dan DUN yang telah jatuh ke tangan pembangkang," katanya.

Turut hadir pada mesyuarat itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

2

Politik 2 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

3

Politik 2 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

4

Politik 1 bulan yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad