Berita Terkini

6 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 6 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 6 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 6 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 11 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Pemecatan Khairy, Noh, Penggantungan Ahli UMNO Sah Ikut Perlembagaan Parti

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 4:22PM

Isham Jalil - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemecatan mantan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin serta penggantungan beberapa ahli daripada parti itu adalah sah di sisi perlembagaan parti.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil menegaskan, mengikut makluman dari peguam parti itu dan perlembagaannya, proses tindakan pemecatan atau penggantungan ahli hanya perlu dirujuk kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Menurutnya, proses lain melibatkan Lembaga Disiplin UMNO dan sebagainya hanyalah pengurusan dalaman yang dipraktikkan.

“Oleh itu apabila MKT memperakukan pemecatan dan penggantungan ahlinya, maka pemecatan dan penggantungan adalah sah di sisi Perlembagaan UMNO dan undang-undang serta peraturan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan beberapa pihak yang mempersoalkan mengenai prosesur dan isu teknikal berhubung proses pemecatan dikenakan UMNO terhadap beberapa pemimpin itu, kelmarin.

Katanya, beliau yakin Lembaga Disiplin UMNO sudah membuat penelitian terhadap laporan dan bukti, sebelum mengambil keputusan menggantung Noh (sebelum beliau sendiri meminta MKT memecatnya) serta menggugurkan keahlian Khairy yang juga mantan Ahli Parlimen Rembau serta mengenakan hukuman terhadap 40 ahli parti itu.

Tegasnya, MKT tidak campur tangan dalam proses siasatan dan keputusan dibuat Lembaga Disiplin UMNO.

Malah, katanya, MKT kebiasaannya memperakukan saranan dan keputusan Lembaga Disiplin UMNO berkenaan kes disiplin yang membabitkan ahli parti.

Noh Omar
Noh Omar

“Saya dimaklumkan bahawa terdapat 16 laporan atau bukti menunjukkan Tan Sri Noh melanggar disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) apabila dia tidak dicalonkan.

“Antara hujah pembelaan dirinya, Tan Sri Noh berkata, calon BN (Barisan Nasional) di Tanjong Karang kalah sebab penolakan pengundi terhadap UMNO dan bukan kerana sabotaj yang berlaku kepada parti,” katanya.

Isham berkata, keputusan kalah atau menang itu tidak boleh dijadikan alasan untuk lepas dari pelanggaran disiplin.

“Sebab jika kita menang pun tetapi ada ahli mensabotaj parti, maka orang yang mensabotaj tersebut tetap bersalah dan perlu diambil tindakan, apakan lagi apabila kita kalah,” katanya.

Pemecatan Khairy pula jelas beliau, antara lain kerana mantan Ahli Parlimen Rembau itu menyatakan bahawa UMNO sudah sesat sewaktu berkempen di Sungai Buloh.

“Saya lihat mungkin strateginya adalah untuk menangkan dirinya di Sungai Buloh dengan menghentam parti sendiri dan menarik pengundi yang membenci UMNO.

“Namun, kesan negatif daripada tindakannya ini diterima UMNO di seluruh negara apabila media perdana dan media sosial parti lawan, menyebarkan kenyataannya secara meluas kepada pengundi.

“Dia pastinya tahu dia mungkin boleh menang di Sungai Buloh dengan strategi ini, tetapi dengan sedikit-sebanyak mengorbankan calon UMNO yang bertanding di tempat lain,” tegasnya.

Selain itu, Isham berkata, terdapat 25 dilucut keahlian mereka kerana bertanding sebagai calon atau menjadi penyokong calon di atas tiket lawan, iaitu Perikatan Nasional (PN) atau bebas semasa PRU-15.

Ujarnya, beliau dimaklumkan bahawa Lembaga Disiplin UMNO sudah memeriksa dan merujuk perkara itu dengan maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Antara dikesan berbuat demikian ialah seorang pegawai Noh yang bertanding sebagai calon bebas di Tanjung Karang menentang calon UMNO.

“Seramai 15 lagi didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO dengan bukti kukuh yang menunjukkan mereka menyokong parti lawan, terutama PN semasa kempen PRU-15.

“Saya sudah dimaklumkan bahawa terdapat banyak laporan, video dan gambar yang antara lain menunjukkan mereka berkempen dan memakai baju PN untuk menentang calon UMNO,” katanya.

Susulan suara segelintir pihak yang seolah-olah mempertikaikan keputusan MKT itu, Isham mempersoalkan adakah UMNO perlu menjadi lembut atau lembik dan membiarkan sahaja perkara berkenaan berlaku tanpa sebarang tindakan.

“Dalam hal ini kita perlu bertegas. Sebab UMNO kini berada dalam masa yang penting untuk berhadapan cabaran mendatang. Kita tidak boleh berjuang dan menentang musuh dalam perang jika ada duri dalam daging di tubuh.

“Dalam setiap organisasi perlu ada disiplin, jika tidak, organisasi akan menjadi anarki dan lemah serta mudah ditewaskan musuh. Sebab itu contohnya dalam tentera disiplin adalah perkara paling utama,” ujarnya.

Mantan Ketua Penerangan BN Selangor itu berkata, setiap ahli perlu mengikut disiplin berorganisasi supaya ia sentiasa kukuh serta tidak menjadi lemah walaupun UMNO adalah parti politik dan bukan organisasi tentera.

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

Jelasnya, jika hanya orang bawahan sahaja dikenakan tindakan sedangkan nama besar dilepaskan begitu sahaja, ia tidak adil dan bukan tauladan yang baik.

Mengulas mengenai dakwaan Noh bahawa beliau sudah dihukum sebelum dipanggil Lembaga Disiplin UMNO untuk memberi kenyataan, Isham mengakui sukar mengulas lanjut kerana tidak berada dalam lembaga itu, namun berpandangan ia mungkin disebabkan badan berkenaan berpuas hati dengan bukti perlanggaran disiplin yang ada.

Bagaimanapun beliau berkata, hukuman itu tidak bermakna Noh dan ahli lain terbabit tidak boleh merayu atau berjumpa dengan Lembaga Disiplin UMNO untuk membela diri.

Noh, katanya, masih boleh bertemu pihak terbabit esok seperti tarikh asal jemputan.

“Mereka masih boleh membela diri dan merayu beberapa kali, malah sekiranya dapat mengetepikan bukti yang menunjukkan mereka bersalah, saya percaya Lembaga Disiplin UMNO akan membuat keputusan seadilnya,” katanya.

Isham turut menasihatkan kumpulan berkenaan supaya tidak mencabar Lembaga Disiplin UMNO atau MKT untuk memecat mereka seperti dilakukan sebelum ini, kerana ia akan memburukkan lagi keadaan dan menunjukkan keangkuhan.

“Akhir kata, saya ingin nyatakan supaya ahli UMNO yang digantung dan dipecat di atas supaya bersabar dengan cabaran Allah SWT ini.

“Saya dahulu pun pernah dipecat daripada jawatan parti walaupun bukan kerana kesalahan disiplin, oleh itu saya tahu bagaimana rasanya apabila kita dipecat.

“Namun saya percaya untung nasib kita ditentukan Allah SWT dan bukan oleh manusia, jika kita berjuang dengan ikhlas dan terus istiqamah, Allah akan bantu kita, insya-Allah,” katanya. - Getaran, 29 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nama Tiada Dalam Cai Tak Mengapa, Mohon Ingat Nombor Calon Saya - Isham

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Muhyiddin Didakwa: ‘Dia Yang Cabar Sangat Suruh SPRM Siasat - Isham

4

Politik 2 minggu yang lalu

Surat RoS: Isham Minta KJ Baca Dokumen Sebelum Keluar Kenyataan

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Terbuka Switzerland: Zii Jia Terus Cemerlang Mara Ke Suku Akhir

Semasa 20 jam yang lalu

DBKL Siasat Ejen Jual Tapak Bazar, Persatuan Cadang PBT Jual Terus Ke Peniaga

oleh Sofian Baharom

Sukan 20 jam yang lalu

Terbuka Switzerland: Zii Jia Mara Ke Separuh Akhir

Semasa 18 jam yang lalu

Laksana Program TVET di Tempat Kerja, Itu Cara Terbaik Ganti Pekerja Asing

oleh Aiman Sadiq