web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Noh Dilarang Adakan Program Di Dewan Menggunakan Namanya Sendiri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 9:04AM

Pengurusan institut berkenaan diarahkan pihak atasan untuk melarang Noh daripada menggunakan dewan tersebut. - Gambar Facebook Noh Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penyokong mantan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar terkejut dan kecewa apabila program pertemuan antara mereka dan beliau semalam, tidak dapat diadakan di sebuah dewan di kawasan itu seperti dirancang.

Menurut laporan Malaysiakini, ia susulan terdapat notis larangan ditampal di luar pagar yang memaklumkan program itu terpaksa ditangguhkan atas sebab tidak dapat dielakkan.

“Untuk makluman, program petang ini terpaksa ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mohon maaf di atas kesulitan,” menurut ayat tertera di notis itu.

Lebih mengecewakan mereka adalah apabila mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu yang pernah menjadi wakil rakyat di situ selama 27 tahun, sebelum tidak tersenarai sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), tidak dapat mengadakan program terbabit di lokasi terletak di Institut Pengurusan Peladang Tanjong Karang berkenaan yang menggunakan namanya sendiri, iaitu Dewan Tan Sri Noh Omar.

Noh dilaporkan sepatutnya memberi penjelasan kepada penyokong beliau di situ pada jam 3 petang, dipercayai berhubung pemecatannya daripada UMNO.

Setiausaha UMNO Tanjong Karang, Jasman Anuar mendakwa pengurusan institut berkenaan diarahkan pihak atasan untuk melarang Noh daripada menggunakan dewan tersebut.

“Dewan tak boleh digunakan. Ada arahan untuk halang Noh,” katanya yang dipetik Malaysiakini.

Bagaimanapun, Jasman berkata beliau tidak menyalahkan pihak pengurusan institut berkenaan kerana faham bahawa mereka tiada pilihan.

“Pihak kami menjangkakan kehadiran yang besar pada majlis itu kerana ramai penyokong Noh sudah setuju untuk hadir, terutama setelah apa yang menimpa mantan Ketua UMNO Tanjong Karang itu,” katanya.

Sementara itu, Noh Omar menerusi Facebook tidak memperincikan ‘larangan’ terbabit, sebaliknya berkongsi berhubung kehadirannya ke kawasan berkenaan untuk bertemu penduduk.

“Tetap balik ke Tg (Tanjong) Karang walau apa pun berlaku. Ini kampung saya. Menunaikan pelbagai jemputan kenduri dan majlis pengkebumian.

“Berjumpa sahabat dan penduduk Tg Karang. Inilah yang saya sering lakukan selama ini. Terima kasih atas jemputan,” katanya menerusi hantaran bersama gambar beliau di kawasan berkenaan.

Pada Jumaat lalu, UMNO memecat Noh yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dua pemimpin itu dikenakan tindakan terbabit kerana melanggar disiplin parti sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Katanya, parti itu turut menggantung keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff atas alasan sama.

“Selain itu, yang turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, manakala Bahagian Putrajaya (9), Bahagian Tanjung Karang (2) dan UMNO Pahang (26).

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon Bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terbabit membantu parti lawan ketika PRU-15,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sejurus selesai mesyuarat MKT dipengerusi Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini. – Getaran, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam