web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sah! Peja Tidak Bertanding PRN, Yakin PN Ada Cukup Pemimpin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 2:00PM

Ahmad Faizal Azumu - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Mantan Menteri Besar Perak itu memberitahu The Vibes bahawa fokus beliau masih tertumpu di Tambun, kerusi Parlimen yang pernah disandangnya sebelum dirampas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Kami mempunyai pemimpin yang cukup dalam Perikatan Nasional (PN). Sekarang, kami akan melahirkan lebih ramai pemimpin di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Saya benar-benar percaya bahawa kami boleh mengambil alih Selangor dan Negeri Sembilan, tetapi untuk Pulau Pinang, kami memerlukan satu keajaiban.

“Bagi saya, saya akan memberi tumpuan kepada Tambun dan meneruskan khidmat saya di sana,” katanya semasa sesi podcast bersama The Vibes.

Daripada enam negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing bersama-sama Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU-15 diadakan, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH).

Kedah, Kelantan dan Terengganu ditadbir oleh PAS yang merupakan sebahagian daripada gabungan PN dan pembangkang di Dewan Rakyat.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar dan Ketua Menteri di enam negeri terbabit bersetuju untuk membuarkan DUN masing-masing dalam tempoh dua minggu terakhir Jun ini.

Lebih dikenali sebagai “Peja”, Faizal berkata, beliau menyokong dakwaan Pengerusi BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa parti itu menjadi mangsa pendakwaan politik selepas dua pemimpinnya diheret ke mahkamah atas tuduhan meminta dan menerima rasuah.

“Ini memberi tamparan hebat kepada PN kerana akaun (kewangan) BERSATU sudah dibekukan. Agak sukar untuk berkempen pada PRN tanpa wang.

“Saya fikir orang Melayu liberal dan bukan Melayu di bandar sudah mula sedar bahawa kerajaan yang stabil dan bersih sebenarnya adalah bersama PN.

“Kini pihak lain cuba mencemarkan imej kami dengan tuduhan ini. Sebelum ini ada dakwaan RM600 bilion telah diselewengkan,” katanya yang juga mantan Menteri Belia dan Sukan.

Pada masa sama, Faizal mengingatkan pemimpin parti supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan terutama membabitkan agama dan kaum.

“Mungkin sebilangan pemimpin kami, tidak kira sama ada dari PAS, BERSATU, UMNO atau PKR, mereka perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

“Kita perlu berwaspada dengan sensitiviti kaum dan agama. Begitu juga dengan pihak lain dan bukan Islam yang memberi kenyataan tentang Islam yang mundur,” katanya.

Beliau turut berkata, orang bukan Islam harus mengelak daripada mengulas isu agama Islam sambil menyatakan parti politik lain telah membuat kenyataan tidak sensitif pada masa lalu.

Terdahulu, mantan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad antara dua individu pertama yang didakwa atas pertuduhan rasuah berhubung skim Jana Wibawa yang diperkenalkan oleh Muhyiddin semasa beliau menjadi Perdana Menteri. – The Vibes, 25 Februari 2023

Saksikan episod penuh The Good, The Bad and The Ugly – Ep 26 bersama Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Isnin depan.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 3 bulan yang lalu

Radzi Jidin, Peja Dilantik Timbalan Presiden BERSATU

4

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan