Berita Terkini

8 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 8 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 8 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 8 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 8 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


‘Lebih Mudarat Jika Kita Bersama PN’ – Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 7:20AM

Ahmad Zahid Hamidi berkata, selepas beliau membentangkan cadangan berhubung ‘baik buruk’ sekiranya parti berkenaan bersama PN yang menyaksikan ia lebih kepada ‘memudaratkan’, majoriti MKT bersetuju memilih PH - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Di sebalik persoalan mengapa UMNO dan Barisan Nasional (BN) memilih membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) berbanding Perikatan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan itu diambil selepas 95 peratus atau 54 orang daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), menyatakan persetujuan mereka berhubung perkara berkenaan.

Presiden UMNO itu berkata, selepas beliau membentangkan cadangan berhubung ‘baik buruk’ sekiranya parti berkenaan bersama PN yang menyaksikan ia lebih kepada ‘memudaratkan’, majoriti MKT bersetuju memilih PH.

“Saya ingin bercakap di sini daripada 56 orang ahli MKT yang menang, yang dilantik dan yang turut hadir, dua orang sahaja tidak setuju.

“Ertinya lebih 95 peratus bersetuju dengan cadangan saya bentangkan dari segi menilai pemberatan daripada 1 hingga 10, di mana beratnya nisbah itu kita lihat mudarat lebih besar kalau kita menyertai PN ketika itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program temu bual khas bersama Timbalan Perdana Menteri menerusi platform Agenda Awani Pasca 100 Hari Kerajaan Perpaduan malam tadi.

Ahmad Zahid berkata, sebelum membuat keputusan besar itu, beliau dan MKT turut melakukan penilaian terperinci dari segi faedahnya dan kestabilan politik.

“Selepas itu apabila kerajaan sudah dibentuk dengan majoriti mudah 112, akhirnya pihak kawan-kawan dari Sarawak, Sabah, malah Bebas menyebabkan kecukupan 148 kerusi, jadikan 2/3.

“Kita lihat kalau bukan kehadiran mereka ini, mana mungkin kita boleh dapat 122 ketika itu, mana mungkin kita boleh dapat 148 kerusi atau 2/3, (ia) disebut Allah SWT mengkehendaki siapa,” katanya.

Ahmad Zahid berkata masyarakat tidak harus melupakan pengalaman Anwar Ibrahim ketika menjadi anggota kerajaan Barisan Nasional dan UMNO, iaitu berada dalam pentadbiran selama dua dekad - Gambar Fail
Ahmad Zahid berkata masyarakat tidak harus melupakan pengalaman Anwar Ibrahim ketika menjadi anggota kerajaan Barisan Nasional dan UMNO, iaitu berada dalam pentadbiran selama dua dekad - Gambar Fail

Ketika mengulas mengenai prestasi pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Kerajaan Perpaduan, beliau berkata, walaupun Ahli Parlimen Tambun itu berperanan sebagai tokoh pembangkang selama 25 tahun, masyarakat tidak harus melupakan pengalamannya ketika menjadi anggota kerajaan Barisan Nasional dan UMNO, iaitu berada dalam pentadbiran selama dua dekad.

“Jadi beliau dapat membuat perbandingan terbaik bagaimanakah rupa bentuk bangsa Malaysia dan sistem ekonomi.

“Apatah lagi dengan sebuah negara Malaysia Madani yang dulu hanya menjadi idealisme kepada beliau dan kini, diterjemahkan dalam bentuk pentadbiran serta implementasi yang dilaksanakan,” ujarnya.

Terdahulu, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu, menyaksikan tiada parti memperolehi majoriti atau 50 peratus daripada 219 kerusi dipertandingkan.

Keputusan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu menunjukkan PH memperoleh 82, PN (73), Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (6), Parti Warisan Malaysia (3) dan lain-lain 4.

Susulan keputusan ‘tergantung’ itu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa disebabkan tiada mana-mana pihak mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan, seterusnya tidak dapat melantik Perdana Menteri.

Terdahulu, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu, menyaksikan tiada parti memperolehi majoriti atau 50 peratus daripada 219 kerusi dipertandingkan - Gambar Fail
Terdahulu, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu, menyaksikan tiada parti memperolehi majoriti atau 50 peratus daripada 219 kerusi dipertandingkan - Gambar Fail

Yang di-Pertuan Agong menitahkan kedua-dua gabungan yang memperoleh kerusi tertinggi menghadap baginda dan selesai acara terbabit, PN melalui Pengerusinya, Muhyiddin Yassin memaklumkan menolak titah berhubung idea penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Manakala, Anwar yang juga Pengerusi PH menyatakan persetujuan kepada idea penubuhan Kerajaan Perpaduan berkenaan.

Seterusnya, Istana Negara menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menghadap secara bergilir bermula jam 10 pagi pada 23 November tahun lalu.

Dalam sesi menghadap itu, BN memberikan komitmen dan mempersetujui titah Agong supaya Kerajaan Perpaduan ditubuhkan sebelum majlis menghadap kemudian disusuli beberapa kepimpinan tertinggi GPS.

Istana Negara memaklumkan selepas proses menghadap berkenaan selesai, satu Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja diadakan pada 24 November bagi mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam soal perlantikan Perdana Menteri Ke-10 dan pembentukan kerajaan.

Tanggal 24 November, Istana Negara mengesahkan bahawa Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10. – Getaran, 15 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Anwar Merafak Sembah, Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Ibrahim

2

Semasa 10 jam yang lalu

Mekanisma Baharu Percepat Pengeluaran Sijil Halal Perlu Dilaksana - Ahmad Zahid

3

Semasa 14 jam yang lalu

Pembinaan MRSM Berbayar Tidak Libatkan Peruntukan Kerajaan - Ahmad Zahid

4

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar, Isteri Selesai Umrah, ‘Mendoakan Kesejahteraan Buat Rakyat, Negara’

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Batu Pahat Kini 967 Orang

Semasa 1 hari yang lalu

Ras Adiba Azam Terus Perjuangkan, Perkasakan Komuniti OKU

Semasa 1 hari yang lalu

KPT Bangunkan Tindakan Martabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Semasa 11 jam yang lalu

Desakan Najib Wajib Naik Kos Haji Akhirnya Tercapai

oleh Aiman Sadiq