web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perjanjian Persefahaman Kerjasama Untuk Mantapkan Kestabilan Politik, Fokus Kepada Ekonomi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 5:08PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjanjian Persefahaman Kerjasama yang dimeterai lima gabungan parti politik semalam bagi membentuk Kerajaan Perpaduan adalah satu inisiatif jangka panjang untuk memastikan kestabilan politik negara dalam tahap terbaik dan kukuh supaya fokus kepada isu ekonomi dan rakyat dapat diutamakan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam hantaran di Facebooknya berkata fokus ekonomi perlu diberi perhatian kerajaan segera, lebih-lebih lagi dalam persediaan negara mendepani jangkaan suasana ekonomi lembap tahun hadapan.

Ini, katanya sepertimana ramalan Bank Dunia yang menjangkakan peningkatan agresif terhadap dasar kadar faedah di beberapa negara seluruh dunia akan menyebabkan tahap permintaan berkurangan, seterusnya membawa kepada kemelesetan ekonomi global pada 2023.

“Maka fokus Kerajaan Perpaduan mendepani pelbagai cabaran dalam urusan ekonomi dan kewangan negara perlu mendapat keutamaan daripada berpolitik sepanjang masa.

Tempoh lima tahun bukanlah tempoh lama untuk memulihkan ekonomi negara. Maka, ketenangan politik dalam tempoh masa ini adalah penting agar rakyat Malaysia dapat bersama-sama bekerjasama dengan kerajaan untuk membina negara yang lebih baik dan kembali disegani di mata dunia,” katanya.

Semalam, lima gabungan parti politik utama iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Mou itu dimeterai Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Agung GRS Datuk Masidi Manjun, Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, dan Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua Jr, yang disaksikan semua pengerusi gabungan terlibat.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata langkah kerajaan memastikan tarif elektrik tidak meningkat seperti diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rabu lepas adalah langkah permulaan kerajaan dalam usaha memastikan harga barangan dan perkhidmatan tempatan tidak terkesan.

Ia juga menurutnya menunjukkan komitmen kerajaan untuk lebih serius menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Banyak lagi usaha untuk membantu mengurangkan potensi kenaikan harga barang dan perkhidmatan dijangka akan diumumkan.

Kesemua usaha ini perlu penelitian dan fokus terlebih dahulu untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Pendidikan 1 tahun yang lalu

MoU LUC Dan Cengild Perkukuh Pendidikan Sektor Kejururawatan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar