web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Berbeza Pendapat Kemampuan Rina Untuk Menang Di Sepang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 9:26AM

Rina Harun - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JENDERAM HILIR: Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Rina Harun yang pertama kali dipertaruhkan sebagai calon di kerusi Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) atas tiket Perikatan Nasional (PN), mungkin sukar menang memandangkan penduduk di kawasan itu ragu-ragu terhadap kemampuannya.

Ditambah beberapa kisah kontroversi membelenggu pemimpin itu selama memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, selain parti dinaunginya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), keluar daripada Pakatan Harapan (PH) menerusi Langkah Sheraton yang menyaksikan parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu ‘tumbang’, membuatkan pengundi di situ seperti muak dengan politik dibawa.

Pesara kerajaan, Alias Jaafar, 67 berkata, politik ketika ini memeningkan apabila kebanyakan pemimpin bertindak tidak ‘setia’ dengan melompat parti dan terbabit dengan pelbagai masalah.

Gambar oleh Syeda Imran
Gambar oleh Syeda Imran

“Sekarang Rina pula, saya pun tak tahu dia boleh menang di sini (Sepang) atau tidak. Rina itu kalau memang mahu tolong penduduk bagus lah, tapi sebab ini kali pertama dia nak bertanding kat sini, kita tengoklah macam mana.”

“Lagipun setakat ini tidak ada apa masalah dengan orang Sepang. Wakil rakyat dekat sini bantu saja, dia bagi barang dapur, seperti beras, minyak terutamanya masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Cuma saya harap siapa pun calon bakal menang kerusi di Sepang, beliau akan melaksanakan tugas dengan baik demi kebajikan pengundi,” katanya yang menetap di Jenderam Hilir selama 60 tahun ketika ditemui Getaran di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, peniaga, Athirah Ahmad, 29, berpendapat pengundi di Sepang tidak seharusnya takut untuk memberi peluang kepada muka baharu di situ.

Jelasnya, secara peribadi beliau melihat Rina yang juga Ketua Srikandi BERSATU sebagai seorang pemimpin wanita yang mempunyai kepemimpinan dan nampak cara pendekatannya dalam melaksanakan tugas, dekat di hati rakyat.

Gambar fail
Gambar fail

“Jika tanya, saya mahu Rina Harun menang di sini kerana beliau ada aura, rajin dan nampak mesra dengan rakyat. Jadi apa-apa masalah di kampung ini saya yakin beliau dapat selesaikan.

“Boleh bagi peluang kepada Pengerusi PN, Abah (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sebab kalau nak cakap kejayaan dia semasa menjadi Perdana Menteri, waktu COVID-19, beliau bagi rakyat bantuan kewangan. Tak boleh lah nak cerita kejayaan dari segi pembangunan dan sebagainya, sebab masa dia jadi PM, timbul masalah COVID-19,” katanya.

Ditanya apakah masalah di kawasan itu yang sepatutnya diselesaikan pemimpin, Athirah menegaskan, ia membabitkan isu keadaan jalan utama di Jenderam Hilir yang tidak mempunyai lampu isyarat di sepanjang laluan tersebut, sehingga menyebabkan kemalangan kerap berlaku di situ, sehingga ada membawa maut.

“Lampu di jalan ini bila malam tak menyala, laporan sudah dibuat banyak kali tapi tidak juga dibaiki, jadi saya harap sangat perkara ini diambil berat wakil rakyat,” kesalnya.

Bagi pesara, Abdul Latif Abdul Rahman, 63, yang menetap di Sungai Buah, Dengkil, selama 20 tahun, meskipun bantuan  diberikan wakil rakyat untuk meringankan beban rakyat, masalah banjir pula menjadi masalah berulang dan masih gagal ditangani.

“Masalah banjir di sini (Sepang) memang dari dulu dan saya tidak tahu mengapa ia tidak diselesaikan lagi. Sekurang-kurangnya, buatlah longkang atau parit supaya paras air banjir itu tidak meningkat,” luahnya.

Kerusi Parlimen Sepang disandang Mohamed Hanipa Maidin selama dua penggal, masing-masing atas tiket PAS, iaitu pada 2013 dan Parti Amanah Negara (2018).

Pada PRU-15, Parlimen itu menyaksikan pertandingan lapan penjuru antara Rina, selain Anuar Basiran (Barisan Nasional), Aiman Athirah Al-Jundi (Pakatan Harapan), Datin Paduka Che Asmah Ibrahim (Parti Pejuang Tanah Air), Nageswaran Ravi (Parti Rakyat Malaysia), Daud Leong (Parti Utama Rakyat), selain Muneswaran Muhthiah dan Mohd Syahrul Mat Sari dari Bebas. - Getaran 18 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

2

Politik 2 minggu yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

3

Politik 2 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 minit yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad