web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: ‘Saya Akan Jadikan Tebrau Hab Halal Terbesar Jika Menang’ – Puah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 7:07PM

Jimmy Puah berkongsi perancangannya untuk menjadikan kawasan itu sebagai hab halal terbesar di negara ini, sekiranya mendapat mandat rakyat. - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU: Naib Pengerusi PKR Johor yang juga calon kerusi Parlimen Tebrau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mewakili Pakatan Harapan (PH), Jimmy Puah berkongsi perancangannya untuk menjadikan kawasan itu sebagai hab halal terbesar di negara ini, sekiranya mendapat mandat rakyat.

Bercakap di hadapan kira-kira 200 penyokong ketika ceramah di hadapan bilik gerakan parti itu di Taman Gaya di sini, malam tadi, Puah berkata, rancangan terbabit hanya sebahagian daripada manifesto peribadi beliau untuk penduduk.

“Itu (halal hab) hanya satu daripada banyak rancangan saya mahu lakukan untuk kawasan ini. Bagaimanapun, memandangkan masa tidak cukup (malam tadi), saya akan memperincikan ‘Ikrar Puah untuk Tebrau’ dalam pada sidang media minggu depan,” katanya yang juga seorang peguam sebelum bergelar ahli politik.

Turut hadir, pemimpin tertinggi PH termasuk di Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pulai untuk PH pada PRU15; Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dzulkefly Ahmad; Ketua Pembangkang Johor, Liew Chin Tong dan Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Muda (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz.

Selain itu, Puah berkata, beliau akan memperjuangkan keperluan usahawan kecil dan sederhana di Tebrau, selain menegaskan golongan itu adalah tulang belakang ekonomi.

Pada PRU-15, Puah berdepan persaingan tiga penjuru dengan calon Barisan Nasional (MCA), Datuk Nicole Wong dan Mohamed Isa Mohamad Basir (PN-BERSATU).

Tebrau adalah kawasan pilihan raya terbesar di negeri berkenaan dengan keluasan 136,000 hektar.

Seramai 223,000 pengundi berdaftar direkodkan di Tebrau dengan 20 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan Undi18, iaitu berumur antara 18 dan 29 tahun.

PKR memenangi kerusi itu pada PRU-14, tetapi wakil rakyatnya, Steven Choong kemudian menjadi antara pemimpin yang keluar daripada PKR untuk menyertai BERSATU, susulan Langkah Sheraton.

Choong kemudian meninggalkan BERSATU untuk bersama Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan dipilih mempertahankan kerusi berkenaan di bawah tiket parti terbabit, tetapi menarik diri pada saat akhir kerana mengatakan beliau kini sibuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD). - The Vibes, 7 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad