web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 4:05PM

Azalina Othman Said - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan parti Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak dihentikan atau digugurkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, walaupun tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu itu, SPRM berhak menjalankan siasatan dan membuka fail siasatan jika maklumat dan juga bukti baharu diperolehi.

Malah beliau turut mengingatkan mana-mana pihak agar tidak mempolitikkan atau memutarbelitkan jawapan beliau mengenai isu tersebut.  

“Saya ingin menegaskan bahawa jawapan yang saya berikan dalam Dewan Rakyat bagi pihak SPRM tidak menyatakan bahawa apa-apa siasatan berkenaan dengan dakwaan berhubung perkara ini dihentikan atau digugurkan.

“Sebaliknya, SPRM hanya menyatakan bahawa tiada fail siasatan dibuka memandangkan maklumat yang telah diperoleh setakat ini adalah bersifat umum,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Azalina berkata, siasatan SPRM tidak dapat membuktikan dakwaan bahawa parti Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen pada PRU-15.

Menurutnya, SPRM sudah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu tersebut.

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, selain SPRM, terdapat agensi lain yang bertanggungjawab dan berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat sebarang kesalahan jenayah yang dilakukan oleh mana-mana entiti.

Katanya, undang-undang Malaysia tidak mempunyai sebarang had masa (“time limit”) untuk memulakan sebarang tindakan atas kes-kes jenayah.

“Justeru, adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak untuk mempolitikkan atau memutarbelitkan jawapan yang saya berikan kepada Ahli Parlimen Pasir Mas (Ahmad Fadhli Shaari) dalam Dewan Rakyat berhubung hal ini, mahupun membuat tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Saya menyeru semua pihak menghormati prinsip “rule of law”, dan tidak membuat kesimpulan melulu atas jawapan yang diberikan di Dewan Rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri mendedahkan kemungkinan PN memperoleh dana politik dari syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya.

PAS bagaimanapun berkata, mustahil untuk PN menerima dana politik dari tauke dan syarikat judi ketika parti itu tegas menutup tempat perjudian, malah pernah dituduh Taliban.

Anwar berkata, Kementerian Kewangan juga mendapati "pelanggaran" dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

Dalam laporan itu, Anwar dipetik sebagai berkata, dana pilihan raya untuk parti "Melayu" dan parti "Islam" datang dari syarikat perjudian. – Getaran, 26 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad