web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Pembangkang Berpeluang Menang, Tapi Perlu Sampai Mesej Dengan Baik

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 9:09PM

Blok pembangkang juga punya peluang memenangi PRU-15. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Blok pembangkang mempunyai peluang untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata beberapa penganalisis politik susulan pembubaran Parlimen semalam.

Bagaimanapun, untuk menang, jelas penganalisis berkenaan, mereka perlu memastikan mesej berhubung tawaran dan hasrat menjadi kerajaan semula, disampaikan sebaik-baiknya kepada pengundi.

Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berkata, golongan pengundi atas pagar akan menilai semua mesej berkenaan daripada pelbagai sudut.

"Tawaran ekonomi sudah pasti menjadi tarikan penting mereka. Cuma, mereka juga akan perhatikan kualiti calon yang diletakkan di kawasan masing-masing," katanya ketika dihubungi Getaran.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Pengumuman khas itu disiarkan secara langsung menerusi beberapa televisyen tempatan selepas memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Fakhrurrazi berkata, tekanan daripada UMNO untuk membubarkan Parlimen dan membuka laluan kepada pilihan raya umum membuatkan Perdana Menteri tidak mempunyai pilihan.

"Ia menjejaskan urus tadbir negara yang bakal berhadapan dengan cabaran ekonomi," katanya.

Dalam pada itu, Penganalisis Sosio Politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, pembangkang boleh menerokai peluang menarik pengundi 18 tahun ke atas (Undi 18) selain membina momentum dan tarikan untuk golongan di bawah 40 tahun.

Jika usaha itu berjaya dilakukan, tambahnya, potensi pembangkang menang pada PRU-15 dilihat amat tinggi.

"Bagi pengundi atas pagar, mereka perlukan impak yang 'melimpah' seperti peluang pekerjaan, gaji munasabah, pendidikan dan perlindungan sosial yang lebih baik.

"Perkara ini perlu menjamin masa depan dan bukan subsidi bersifat sementara," katanya. - Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Dibuli, Suspek Tikam Pelajar Di Banting Simpan Rasa Tidak Puas Hati

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad