web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Minta MKT Tukar Menteri Kewangan - Zahidi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2022 7:26AM

Datuk Zahidi Zainul Abidin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) digesa menyingkirkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz dari portfolio disandang beliau, susulan pelbagai isu yang melatari Digital Nasional Berhad (DNB).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika ditemui media selepas meninggalkan mesyuarat MKT malam tadi berkata, beliau telah mengadakan pertemuan bersama Tengku Zafrul bagi menuntut penjelasan lanjut mengenai DNB, tetapi tidak dilayan.

“Beliau kelihatan marah dan tidak mahu mendengar (kebimbangan saya). Saya jelaskan bahawa saya mewakili MKT dan (suara) Pemuda UMNO.

“Beliau (Tengku Zafrul) juga menyatakan kesediaan untuk berlawan. Kalau kamu mahu berlawan, kita boleh berlawan. Itu katanya kepada saya,” kata Zahidi.

Beliau berkata, permintaan untuk menukar Menteri Kewangan telah dibuat sewaktu berucap pada mesyuarat terbabit.

Katanya, MKT juga sedang menuntut penjelasan Kementerian Kewangan berhubung DNB.

Zahidi, yang kementeriannya bertanggungjawab memantau pelaksanaan 5G di bawah DNB pada Selasa lalu menggesa campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menggerakkan siasatan ke atas projek khas milik Kementerian Kewangan itu.

Ia susulan dakwaan beliau bahawa tidak wujud ketelusan dalam urusniaga kewangan, termasuk lonjakan kos untuk membina jaringan sistem telekomunikasi.

Dalam perkembangan lain, Zahidi turut mendakwa tidak tahu menahu sebarang perkembangan DNB dan diketepikan daripada sebarang mesyuarat rasmi.

Beliau juga menerima memorandum daripada Pemuda UMNO, diwakili exco pergerakan itu, Fairuz Jamaludin yang mahu SPRM menyiasat DNB berhubung isu ketelusan dan peningkatan kos pelaksanaan.

Pergerakan terbabit turut mendesak pegawai SPRM ditempatkan di DNB untuk memastikan sebarang perbelanjaan dan perolehan mengikut proses selayaknya, selain mempersoalkan kredibiliti Ketua Eksekutif syarikat, Ralph Marshall.

Zahidi selepas mesyuarat MKT juga berkata, beliau tidak faham mengapa Tengku Zafrul mahu melawan sedangkan Menteri Kewangan itu dilantik ke jawatan berkenaan dan bukan seorang Ahli Parlimen.

“Apabila kami bertanya (mengenai DNB), beliau berlagak seolah-olah wang berkenaan dari akaun banknya sendiri. Kami mahu tahu sama ada (projek DNB) bernilai RM30 bilion atau RM11 bilion.

“Jadi saya minta MKT tukar Menteri Kewangan,” katanya.

Ditanya jika kepimpinan UMNO bersetuju menyingkirkan Tengku Zafrul, Zahidi berkata ia terpulang kepada budi bicara MKT. - The Vibes, 25 Jun, 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Zafrul Nafi Tahu Dakwaan Sumbangan Politik Jana Wibawa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah 'Tahan' Peruntukan Kepada Negeri-Negeri, Termasuk Terengganu - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

LKAN: PM Arah LTAT, FELDA Kemukakan Laporan Penuh

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 46 minit yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad