web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Tidak Pernah 'Tahan' Peruntukan Kepada Negeri-Negeri, Termasuk Terengganu - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2024 12:06PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika menyampaikan ucapan pada majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Kementerian Kewangan hari ini. - gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan tidak pernah 'menahan' sebarang pemberian Persekutuan kepada mana-mana negeri, termasuk Terengganu, malah agihan peruntukan ke negeri itu ditingkatkan tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, agihan peruntukan Belanja Pembangunan bagi Terengganu ditingkatkan kepada RM1.59 bilion tahun ini berbanding RM1.55 bilion pada 2023.

"Belanjawan pemberian Persekutuan kepada Terengganu di bawah Kerajaan Perpaduan lebih daripada kerajaan terdahulu," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Beliau berkata, tidak wujud istilah bahawa kerajaan pimpinannya bersifat zalim terhadap Terengganu, memandangkan kerajaan telah melunaskan pemberian wang ihsan untuk negeri itu berdasarkan hasil petroleum tahun 2023, iaitu sebanyak RM786 juta.

"(Selain wang ihsan), bayaran pemberian Persekutuan kepada Terengganu pada 2022 adalah RM399 juta, 2023 kita tambah menjadi RM413.64 juta, dan 2024 ada tambahan lagi... (jadi) zalim macam mana?" katanya.

Perdana Menteri berkata, Terengganu mencatatkan jumlah rakyat miskin yang ramai, justeru kerajaan mengambil pendekatan menyalurkan terus peruntukan kepada mereka yang memerlukan (di negeri itu) tanpa melalui mana-mana Ahli Parlimen (MP).

"Belanja Pembangunan lebih daripada jumlah yang disebut wang ihsan itu, tetapi salurannya terus kepada projek rakyat.

"Kalau ada kecemasan atau yang mendesak, contoh hakisan di Tasik Kenyir, kita terus beri peruntukan untuk segerakan projek itu," katanya.

Katanya, beliau juga telah mengingatkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan peruntukan setiap kawasan tidak kira PAS atau BERSATU, harus diberikan kepada semua.

"Cuma kita tak bagi melalui Ahli Parlimen, kita beri pada rakyat. Kita tumpu pada miskin, kalau miskin tegar, tak kira dia ahli parti mana, di kawasan mana, kita bantu tanpa pilihan sama ada kaum, agama, kawasan atau parti," kata perdana menteri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

2

Politik 3 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad