web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 12:10PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia telah meratifikasi Perjanjian Subsidi Perikanan (FSA) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang juga usaha global untuk membendung subsidi perikanan yang berbahaya dan melindungi stok ikan.

Malaysia menyertai 68 ahli WTO lain yang telah berjaya meratifikasi FSA, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Tengku Zafrul ketika ini menghadiri Persidangan Peringkat Menteri WTO ke-13 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, di mana FSA telah diraktifikasi.

Beliau berkata, ratifikasi itu menunjukkan komitmen Malaysia terhadap kerjasama global dan pengawasan yang bertanggungjawab terhadap lautannya.

"Saya menggesa semua ahli (WTO) yang lain untuk menyertai kami dan mempercepatkan proses ratifikasi domestik mereka dan menyumbang kepada pemeliharaan biodiversiti marin dan mata pencarian berjuta-juta orang yang bergantung kepada penangkapan ikan.

"Tindakan dan komitmen kita hari ini akan memastikan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita," kata Tengku Zafrul itu dalam kiriman media sosial hari ini.

Diguna pakai pada Jun 2022, FSA menangani ancaman utama kepada lautan dan menggalakkan amalan penangkapan ikan yang mampan.

la adalah langkah yang ampuh ke arah menghapuskan penangkapan ikan secara haram, penangkapan ikan tidak dilaporkan dan tidak dikawal (IUU) yang menyumbang kepada penangkapan ikan berlebihan dan secara keseluruhan memelihara keseimbangan ekosistem marin.

Tengku Zafrul berkata, FSA juga akan memastikan sebarang subsidi terhadap aktiviti perikanan yang disediakan oleh negara anggota adalah telus dan bertanggungjawab.

"Ketelusan ini memupuk amalan menangkap ikan yang bertanggungjawab dan membolehkan pemantauan pematuhan yang berkesan," katanya.

Beliau juga berkata, WTO akan menubuhkan bantuan teknikal dan program pembinaan kapasiti untuk membantu negara membangun dan kurang membangun menyepadukan elemen kemampanan ke dalam dasar mereka dan mengukuhkan sistem pengurusan perikanan negara berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Zafrul Nafi Tahu Dakwaan Sumbangan Politik Jana Wibawa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

3

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Tidak Ada Hasrat Tamatkan Sistem AP Secara Berperingkat - Tengku Zafrul

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Sekretariat UMNO Bantu Usahawan, Peniaga Demi Perkasa Ekonomi Bumiputera

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa