web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Ada Hasrat Tamatkan Sistem AP Secara Berperingkat - Tengku Zafrul

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2023 8:00AM

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -- Kerajaan tidak berhasrat untuk menamatkan kelulusan sistem permit import (AP) kereta secara berperingkat, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sistem itu masih berkuat kuasa walaupun kerajaan membenarkan Tesla Inc, pembuat kenderaan elektrik (EV) global, menjual kereta di negara ini tanpa peraturan AP biasa.

“Kami belum membincangkan ini lagi (memansuhkan sistem AP), (tiada) belum ada hasrat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pelabur dan Penjual Global Proton 2023 di sini, semalam.

Sebelumnya, kerajaan telah mengumumkan bahawa Tesla menjadi pemohon pertama yang menerima kelulusan inisiatif BEV Global Leaders oleh MITI, yang bertujuan membantu meningkatkan permintaan kenderaan elektrik bateri (BEV) dalam pasaran tempatan dan seterusnya menggalakkan pembangunan keseluruhan ekosistem bagi menyokong penggunaan BEV.

Tengku Zafrul berkata sistem AP akan tetap digunakan walaupun syarikat yang diluluskan itu adalah pengeluar kereta lain, asalkan ia membawa teknologi yang menguntungkan Malaysia.

“AP masih ada. Apa yang kami umumkan ialah kami mahu mereka (syarikat) membawa teknologi itu.

“Kami konsisten bukan sahaja kepada Tesla tetapi terhadap mana-mana pihak yang membawa nilai yang setara dengan tawaran Tesla, kami akan melayannya secara konsisten. Ia bukan semata-mata eksklusif kepada Tesla,” jelas beliau lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Jumaat lepas berkata kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc dan SpaceX, Elon Musk akan mewujudkan puluhan ribu peluang pekerjaan mahir di negara ini.

Semasa pertemuan maya selama 25 minit mereka, Elon Musk telah bersetuju untuk membuat pelaburan yang besar di Malaysia termasuk menubuhkan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya serta menjalinkan kerjasama dengan kerajaan, melibatkan syarikatnya, SpaceX, perkhidmatan Internet satelit Starlink dan EV. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Zafrul Nafi Tahu Dakwaan Sumbangan Politik Jana Wibawa

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Sekretariat UMNO Bantu Usahawan, Peniaga Demi Perkasa Ekonomi Bumiputera

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa