web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Tangguh Undi 18 Mengecewakan - Kepimpinan UMNO

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 3:10PM

Pemimpin UMNO kecewa keputusan tangguh Undi 18.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.


KUALA LUMPUR - Keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik sehingga 1 September 2022 seperti diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dianggap amat mengecewakan.

Barisan kepimpinan UMNO ketika ditemui sejurus selepas perasmian persidangan tiga sayap parti itu berkata, tindakan berkenaan jelas tidak menghormati keputusan ditetapkan Parlimen sebelum ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan itu menggambarkan betapa kerajaan tidak menghormati peranan Parlimen sebagai badan legislatif tertinggi negara yang menerima persetujuan 2/3 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan anggota Dewan Negara untuk meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 pada Julai 2019 lalu.

Menurut bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, kerajaan perlu mengotakan janji dan memenuhi komitmen garis masa perlaksanaan Undi 18 pada Julai 2021 nanti.

“Pada saya Parlimen sudah luluskan dan sudah berjanji kepada generasi  muda berumur 18 tahun bahawa mereka layak untuk mengundi. Maka apa sahaja yang kita janji, kita mesti lakukan.

“Tetapi sekiranya ada masalah dari segi pentadbiran, jika pihak SPR masih nak tangguh dan belum bersedia, itu saya tidak pasti,” katanya.

Pendapat sama disuarakan Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan yang menyifatkan pelaksanaan Undi 18 perlu dikuatkuasakan secepat mungkin.

“Saya memang tidak bersetuju jika Undi 18 ditangguhkan sebab ia sudah dipersetujui di Parlimen.

“Bagi mana-mana yang tidak bersetuju ia pilihan masing-masing, tetapi Parlimen sudah membuat keputusan jadi ia wajar dihormati dan dilaksanakan secepat mungkin.” tegasnya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan,  Datuk Seri Reezal Merican pula berkata, majoriti negara dunia negara menurunkan had umur mengundi, namun Malaysia jelas masih ketinggalan.

Katanya, keputusan menangguh Undi 18 oleh SPR itu dianggap sebagai suatu tindakan yang menafikan hak anak muda, seperti tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Segala pandangan yang mengatakan anak mudah berumur 18 tahun  tidak matang dan sebagainya adalah pandangan yang usang dan tidak masuk akal.

“Sebab kita sudah bahas di Parlimen, dan seramai 211 ahli Parlimen sudah bersetuju. Jadi mengapa kita perlu pertikaikan hak anak muda untuk mengundi,” ujar Reezal.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bagaimanapun tampil dengan pandangan yang seakan menongkah arus, apabila menyokong penuh keputusan dibuat SPR itu.

 “Isu undi 18 tahun ini saya berikan kepada kerajaan untuk melihat sama ada ia layak diteruskan atau ditangguhkan,'' katanya.

Pandangan disuarakan Shahidan seakan menyamai pendirian PAS yang bersetuju penangguhan berkenaan dibuat, bagi membolehkan kematangan pengundi dinilai dengan terperinci.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kelayakan untuk mengundi perlu dilihat kepada segenap aspek, bukan hanya berkisarkan kepada had umur semata-mata.. - Getaran, 27 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

2

Karier 2 tahun yang lalu

Yayasan Peneraju Hasrat Lahir 3 Jenis Pemimpin Dalam Kalangan Bumiputera

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ujian Sebenar Pemimpin Adalah Ketika Dia Berkuasa - PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pulau Pinang Tak Goyah, Kekal Teguh Di Belakang PM - Guan Eng

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad