Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ujian Sebenar Pemimpin Adalah Ketika Dia Berkuasa - PM

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 7:56AM

Perdana Menteri di sesi soal jawab di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC Ke-30 bertemakan “The Global Economy and State of The World - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SAN FRANCISCO - Ujian sebenar bagi seseorang pemimpin adalah semasa dia berkuasa, sama ada pemimpin itu berjaya melaksanakan tanggungjawabnya, dan bukan semata-mata menjadi ‘penunggang’ agama atau moral.

“..kerana akhirnya anda dinilai orang ramai menerusi tindakan anda. Orang ramai berikan anda tempoh tertentu, tapi mereka perlu lihat sama ada anda benar-benar serius. 

“Semua pemimpin politik dinilai sama begitu, (termasuk) semua pemimpin pembangkang yang mendapat kuasa dengan memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa ditanya bagaimana pemimpin boleh pastikan bahawa mereka tidak ditenggelamkan oleh retorik, dapat fokus kepada isu sebenar dan bertanggungjawab terhadap generasi akan datang.

“Ujian sebenar ialah semasa anda berada pada kedudukan dipertanggungjawabkan, sama ada anda dapat menyempurnakan tanggungjawab. Kedua, sudah pasti berkenaan dasar ekonomi yang jelas,” katanya semasa sesi soal jawab di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC Ke-30 bertemakan “The Global Economy and State of The World,” di sini, Rabu.  

Oleh itu, katanya kepercayaan orang ramai sememangnya semakin terhakis apabila pemimpin tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya.

“Jadi, anda betul, kerana keyakinan orang ramai terhadap pemimpin, mahupun pemimpin parti, semakin pudar disebabkan retorik, pious platitude.. apabila tidak ada tindakan konkrit,” katanya.

Anwar tiba di sini pada Isnin untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) dari 14 hingga 17 Nov, yang merupakan penampilan sulung beliau selaku Perdana Menteri Malaysia pada mesyuarat itu.

Beliau diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta pegawai-pegawai kanan kerajaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

Semasa 5 hari yang lalu

Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

3

Politik 5 hari yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

Sorotan

1

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 33 minit yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Sukan 20 jam yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki