web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 4:10PM

Khairy dan Pak Lah. - gambar fail

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), semalam, selepas mengalami masalah paru-paru.

Perkara itu dikongsikan menantunya, Khairy Jamaluddin, melalui ciri Insta Story akaun Instagramnya.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, Pak Lah mengalami sedikit masalah spontaneous pneumothorax, namun keadaannya stabil.

Katanya, ketika ini, Pak Lah masih berada di Unit Rawatan Kritikal (CCU) IJN untuk pemantauan.

“Alhamdullilah, beliau berada dalam keadaan baik namun memerlukan rehat yang secukupnya.

“Saya mewakili seluruh ahli keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan buat beliau tetapi pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Menurut laman sesawang myhealth, spontaneous pneumothorax merujuk kepada pengumpulan udara atau gas di bahagian rongga anatara paru-paru dan dinding dada secara tiba-tiba, disebabkan kebocoran antara rangka dada dan paru-paru atau pada paru-paru itu sendiri.

Pada September 2022, Khairy mendedahkan bahawa Pak Lah menghidap dementia.

Ketika itu, Khairy dilaporkan berkata, Pak Lah mula menunjukkan tanda-tanda kemerosotan kognitif tidak lama selepas bersara pada 2009 dan sejak itu keadaannya semakin merosot.

Pak Lah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-lima pada 2003 sehingga 2009 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengundurkan diri.

Sebelum itu, beliau pernah memegang jawatan Menteri Luar, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kewangan. – Getaran, 25 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad