web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pulau Pinang Tak Goyah, Kekal Teguh Di Belakang PM - Guan Eng

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2023 8:00AM

Lim Guan Eng - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pulau Pinang kekal berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

Menegaskan perkara itu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, barisan pemimpin Kerajaan Perpaduan tidak akan membalas tindakan blok pembangkang, walaupun mereka kerap diserang secara peribadi.

Menurut beliau, fokus utama tetap untuk melaksanakan kerja memimpin negara dan membawa kemajuan ekonomi.

“Kami mahu rakyat menikmati kesenangan, itu barulah kerajaan yang bertanggungjawab.

“Pihak lawan kerap memainkan sentimen 3R (agama, raja, kaum), (malah) hampir setiap hari menyebar fitnah sahaja. Isu air pun tak boleh urus dengan baik sampai perlu serahkan kepada Perdana Menteri rancangan bekalan air ini,” katanya, sinis.

Beliau menyatakan demikian menerusi hantaran di Facebook, sebagai mengulas program Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Pulau Pinang, kelmarin.

Pemimpin Kerajaan Perpaduan akan terus bekerja keras demi rakyat - gambar Facebook
Pemimpin Kerajaan Perpaduan akan terus bekerja keras demi rakyat - gambar Facebook

Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang Chow Kon Yeow serta pemimpin BN dan PH.

Jelas Ahli Parlimen Bagan itu, nilai ringgit jatuh ke paras terendah iaitu RM4.75 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu negara ditadbir blok pembangkang.

Beliau memberi jaminan, jentera dan pemimpin Kerajaan Perpaduan akan tetap bersatu, walau pelbagai cubaan dilakukan untuk melemahkan mereka.

“Buatlah apa cara sekalipun, pemimpin Kerajaan Perpaduan tetap bersatu padu.

“Kami (akan) sama-sama menghadiri Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Pulau Pinang. Kami berazam untuk membina Malaysia yang lebih baik demi masa depan yang cerah,” katanya.

Muhammad Sanusi akan didakwa pagi ini - gambar fail
Muhammad Sanusi akan didakwa pagi ini - gambar fail

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjadi pemimpin pertama bakal didakwa, susulan kenyataan berunsur 3R yang dibuatnya baru-baru ini.

Petikan rakaman ucapan beliau yang memperlekehkan kewibawaan Institusi Diraja Selangor tular selepas dimuat naik di media sosial, menyebabkan barisan Ahli Dewan Diraja Selangor bertindak membuat laporan polis pada 14 Julai lalu.

Muhammad Sanusi yang dikatakan mempertikaikan pemilihan Menteri Besar Selangor oleh Sultan negeri itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berdepan siasatan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau akan didakwa pada jam 9 pagi hari ini di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh di Mahkamah Sesyen Selayang.

Kesemua pertuduhan berkenaan akan dibaca di dua mahkamah. - Getaran, 18 Julai 2023
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar