web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Tak Pernah Derhaka, Selalu Pertahan Raja-Raja Melayu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 5:43PM

Roslan Shahir berkata, sepanjang sejarahnya, PAS merupakan antara parti yang sering ke hadapan mempertahan dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu. - Gambar dari Facebook PAS Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja mahu menangguk di air keruh dan melaga-lagakan PAS dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu Festival Bon Odori.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, sepanjang sejarahnya, PAS merupakan antara parti yang sering ke hadapan mempertahan dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu.

Menurut beliau, nasihat diberikan Datuk Idris Ahmad berhubung festival tersebut dibuat atas kapasiti beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Nasihat tersebut bukan pandangan peribadi atau pandangan Idris sebagai Naib Presiden PAS tetapi sebagai Menteri Kabinet dan ia berdasarkan pandangan serta kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Nasihat bukannya arahan, tetapi pilihan. Mahu akur atau tidak terpulang. Ia bukan bermaksud mahu membatalkan festival berkenaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut Roslan, Sultan Selangor juga bertitah atas isu yang sama demi menjaga kemaslahatan serta kepentingan umat Islam dan masyarakat Malaysia.

“Tiada unsur politik pun dalam isu ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, Idris menasihatkan umat Islam dalam negara ini supaya tidak menyertai  Festival Bon Odori yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai depan.

Beliau berkata, kajian yang dibuat JAKIM mendapati program itu mempunyai unsur-unsur keagamaan.

Pada 9 Jun lalu, Sultan Selangor dilaporkan mencadangkan Idris hadir ke festival tersebut supaya dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya.

Baginda juga tidak mahu Idris menggunakan platform JAKIM untuk membuat kenyataan yang tidak tepat dan mengelirukan.

Pada 10 Jun, Dewan Ulama Pas Pusat dilaporkan menggesa umat Islam di negara ini supaya tidak menyertai Festival Bon Odori kerana turut menganggap terdapat unsur-unsur keagamaan dalam festival berkenaan.

Ketua Dewannya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, meskipun terdapat pandangan yang menjelaskan festival tersebut berkait dengan kebudayaan Jepun, ia tidak sesekali mengetepikan pandangan bahawa Bon Odori tetap mengandungi unsur ritual keagamaan Buddha.

Mengulas lanjut, Roslan menjelaskan, semasa pindaan Perlembagaan untuk mengekang kuasa Raja-Raja Melayu satu ketika dahulu, wakil tunggal PAS di Parlimen ketika itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewakili Parlimen Pengkalan Chepa bangkit berbahas menentang pindaan berkenaan.

“Adat Melayu pantang derhaka pada Sultannya, dan PAS demi memelihara kesopanan dan kesusilaan tidak akan terbabit dalam kerja-kerja seumpama ini. Jangan mengadu-domba,” katanya.

Dalam hantaran tersebut, beliau turut memuat naik muka depan akhbar Sinar Harian bertarikh 8 September 2014 bertajuk ‘PKR, DAP Biadab’ iaitu laporan berhubung tindakan dua parti tersebut yang dikatakan mengingkari titah Sultan Selangor apabila diminta mencalonkan lebih daripada dua nama untuk jawatan Menteri Besar.

Getaran cuba menghubungi Roslan untuk mendapatkan huraian yang lebih lanjut berhubung kenyataannya itu namun masih gagal mendapat sebarang jawapan. - Getaran, 13 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad