web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Walaupun Kalah, Undian PAS Meningkat - Tuan Ibrahim

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 7:02PM

Tuan Ibrahim Tuan Man - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun gagal memenangi sebarang kerusi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, PAS menyifatkan jumlah undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandinginya menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

Peningkatan itu menunjukkan PAS mempunyai semakin ramai pengundi dan penyokong di kawasan berkenaan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu disyukuri PAS yang bertanding di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Kepada semua pengundi rakyat Melaka, terima kasih atas undian yang diberikan.

“Kerusi ditandingi PAS menunjukkan peningkatan undi yang memberangsangkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tuan Ibrahim berkata, parti itu turut berterima kasih kepada seluruh pemimpin dan ahlinya, selain mengucapkan penghargaan untuk pendukung serta penyokong PN yang sudah menjalankan usaha terbaik.

“Terima kasih kepada seluruh pemimpin dan ahli PAS. Terima kasih juga kepada para pendukung dan penyokong PN. Kita sudah berusaha yang terbaik.

“Semoga Allah ganjari usaha dan pengorbanan yang sudah diberikan,” katanya.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim mengharapkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipilih rakyat pada pilihan raya negeri berkenaan supaya mampu menjalankan tugas dengan adil dan Amanah.

Bagi PRN Melaka, PAS memutuskan untuk bertanding di bawah PN bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan GERAKAN.

Pada keputusan pilihan raya berkenaan semalam, PN memenangi dua kerusi menerusi calon BERSATU di DUN Sungai Udang dan Bemban. - Getaran, 21 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad