web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Roh PRN Tak Terasa, Akur Guna Bendera PN

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 11:20AM

Seorang petugas jentera pilihan raya parti BERSATU memasang sepanduk pada tiang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, malam tadi. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Roh pilihan raya kali ini tak begitu terasa kerana ketiadaan logo ‘bulan’ di jalanan namun kami akur dengan keputusan pucuk pimpinan untuk memacakkan bendera PN (Perikatan Nasional),” kata Mohd Firdaus Malik.

Pemuda berusia 38 tahun itu berkata, sudah menjadi kebiasaan untuk dirinya dan beberapa ahli PAS lain untuk memasang bendera parti Islam itu di seluruh kampung setiap kali ketibaan musim pilihan raya.

“Bagaimanapun, kali ini, kami sedia menghiasi kampung dengan bendera PN yang dianggotai PAS dan memberi sokongan penuh kepada calon pilihan pemimpin untuk mewakili nasib kami di sini.

“Apa pun bendera yang kami kibarkan, kami tetap membawa semangat PAS dalam perjuangan politik ini,” katanya ketika ditemui Getaran, ketika sedang mengatur pergerakan penyokong PN untuk memasang bendera di kampung mereka.

Mohd Firdaus Malik
Mohd Firdaus Malik

Menurut anak jati Pasir Gembur, Tanjung Bidara itu, bukanlah satu situasi aneh bagi ahli PAS untuk mengibarkan bendera parti lain memandangkan sejarah parti itu dahulu pernah terbabit menaungi gabungan seperti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, apa yang berlaku hari ini adalah fasa baharu perjuangan PAS yang kerap menunjukkan kematangan dalam berpolitik, walaupun akhirnya menjadi mangsa ‘tikam belakang’.

“Walaupun BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) pernah menjadi seteru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) namun persahabatan yang dihulurkan harus dibalas dengan perdamaian.

“Justeru, bagi menunjukkan kematangan kami dalam berpolitik, kami menyokong penuh arahan pucuk pimpinan walaupun terpaksa membelakangkan bendera PAS kali ini,” katanya.

Seorang petugas jentera parti memasang sepanduk pada PRN Melaka.
Seorang petugas jentera parti memasang sepanduk pada PRN Melaka.

Mohd Firdaus dan ahli keluarganya sememangnya sudah dikenali sebagai ahli PAS tegar sejak tiga generasi di kampung berkenaan, namun tidak pula kekok mengenakan baju dan topi PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

“Kalau toreh tangan kami bukan darah merah yang mengalir tapi hijau,” katanya secara berjenaka. - Getaran, 9 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad