web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 3:44PM

Anwar Ibrahim (dua dari kanan) bersama pemimpin PH ketika berkempen pada PRN Melaka, baru-baru ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gesaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang atas kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, baru-baru ini seolah-olah menunjukkan ‘wajah’ sebenar parti itu yang hanya gemar berkawan untuk kepentingan tertentu.

Syukri Razab
Syukri Razab

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syukri Razab berkata, kenyataan ADUN DAP itu menjengkelkan, apabila menuduh Pengerusi PH itu sebagai susuk tunggal yang menjadi punca kekalahan parti berkenaan.

“ADUN Bilut ini juga secara terang menyatakan yang DAP perlu menimbang kemungkinan untuk keluar daripada PH sekiranya tidak ada perubahan atau reset dilakukan pasca PRN Melaka.

“Saya berharap kenyataan ADUN Bilut ini tidak menggambarkan pandangan keseluruhan DAP walaupun kenyataan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, semalam juga berbaur hasrat sama apabila beliau mengulangi idea bahawa PH memerlukan reset,” katanya.

Menerusi Facebook, Chin Chen menggesa Anwar meletakkan jawatan itu atau DAP perlu menimbang untuk keluar daripada PH jika beliau enggan berundur.

Chin Chen turut menggesa PH mencari pengganti baharu dan bukan bergantung semata-mata kepada Anwar, yang dilihatnya gagal memimpin blok pembangkang dengan baik selepas kalah di negeri berkenaan.

Syukri berkata, gesaan itu tidak wajar dibuat sedangkan semua keputusan dicapai sebelum PRN Melaka diputuskan dalam mesyuarat rasmi PH.

Katanya, sebagai contoh, ketetapan berkenaan logo dan keputusan menerima dua orang bekas pemimpin UMNO sebagai calon sudah disepakati gabungan parti berkenaan.

“Mengapa secara tiba-tiba hanya Anwar perlu menanggung sendirian segala beban kekalahan? Semestinya sebagai Ketua Pembangkang, saya tidak mengatakan Anwar sebagai pemimpin yang sentiasa betul atau 100 peratus sempurna.

“ADUN Bilut ini harus belajar untuk menerima konsekuensi keputusan yang dicapai secara bersama,” katanya.

Mengulas lanjut, Syukri berkata, di saat Anwar menjadi ikon kebangkitan orang Melayu, DAP mengusung, memuja dan memuji nama beliau, namun apabila PH diuji dengan kekalahan teruk di Melaka, secara tiba-tiba Ahli Parlimen Port Dickson itu seperti manusia tidak bernilai.

“Saya ingin mencabar ADUN Bilut ini untuk menamakan seorang tokoh yang beliau rasa layak untuk menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

“Namun jika beliau gagal, mungkin ada benarnya saranan ADUN Bilut bahawa DAP perlu memilih kapal baharu, selain PH,” katanya.

Keputusan PRN Melaka menyaksikan PH hanya memenangi lima daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan.

Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya itu dengan kejayaan menakluk 21 kerusi DUN manakala Perikatan Nasional, cuma memperoleh dua kerusi DUN. – Getaran, 22 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 7 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

4

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad