web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Calon SPM 2021 Jalani Ujian Bertulis 2 Hingga 29 Mac

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 2:56PM

Gamba hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 407,097 calon akan menduduki ujian bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 bermula 2 hingga 29 Mac ini.

Jurucakap Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, ujian bertulis itu melibatkan 3,382 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan ini, seramai 50,514 petugas peperiksaan telah dilantik,” katanya hari ini.

Pada masa sama, LP turut mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu ujian bertulis peperiksaan SPM 2021 untuk maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Menurutnya, jadual waktu peperiksaan tersebut boleh dimuat turun dari portal rasmi LP di http://lp.moe.gov.my.

“Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan pernyataan pendaftaran peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Calon juga hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan KPM serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Katanya lagi, ketetapan itu adalah bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19.

“Garis panduan tersebut boleh dimuat turun dari portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my,” katanya. - Getaran, 28 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

4

Pendidikan 2 bulan yang lalu

SPM 2025: GPN Bertambah Baik, Jumlah Calon Cemerlang Meningkat

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad