web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 8:55AM

gambar Instagram defamofficial

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lagu raya paling menjadi siulan ramai, Alamak Raya Lagi! nyanyian kumpulan De Fam kini semakin mendunia apabila popularitinya menular hingga merentasi sempadan negara.

Setiap hari, di sosial media, pasti ada video yang memakai lagu ini yang lalu-lalang.

Salah satunya adalah yang dimuat naik oleh salah seorang ahli kumpulan penari kumpulan tarian popular dari Jepun, ‘Avant-Gardey’, Nona. Klip video yang menyaksikan Nona, Oya dan Macchan itu meraih dua juta tontonan dengan tanda suka lebih 70,000.

Melihat pada ruangan komen, dapat dilihat ahli kumpulan De Fam iaitu trio Azira Shafinaz, Sophia Liana dan Cik Manggis mengucapkan terima kasih kepada si pemilik akaun kerana sudi menari diiringi lagu raya berentak rancak itu.

Malah, terdapat juga ‘usikan manja’ di antara warga siber Malaysia dan Indonesia apabila  ada yang sengaja mendakwa Alamak Raya Lagi! adalah lagu daripada penyanyi Indonesia.

Dalam keterujaan meraikan pencapaian lagu ini, De Fam juga tidak terlepas daripada mengumpan kritikan apabila ada yang mempersoalkan lirik lagu terbabit yang dikatakan tidak sesuai dengan semangat Aidilfiti dan membawa makna negatif.

Bahkan, terdapat juga teguran daripada ustaz yang menganggap trend menari di TikTok yang membabitkan wanita muda sehingga berusia lanjut cukup memalukan kerana masing-masing secara tidak langsung mendedahkan aurat kepada setiap mata yang menonton.

Mengulas mengenai tuduhan itu, salah seorang kumpulan De Fam, Sophia yang juga antara penulis lirik menafikan lirik berkenaan membawa unsur negatif, jauh sekali mengeluh dengan kehadiran bulan mulia itu. 

Jelas Sophia, lagu itu dihasilkan berdasarkan sambutan raya ‘terkejut’ pada 2022 lalu dan berdasarkan pengalaman sendiri.

"Warga kota selalunya beli sahaja kuih raya. Jadi, kita rasa apa yang dipaparkan dalam lirik lagu ini tiada kaitan dengan kita.

“Tetapi, semua ini berbeza dengan apa yang berlaku di kampung. Ketika balik kampung sambut raya, saya memang nampak ibu saudara dan sepupu masak rendang dan buat kuih sendiri.”

"Kadang-kadang ada kuih dibuat tidak menjadi dan hangus sampai kena buat semula. Semua ini adalah realiti yang berlaku pada ketika Hari Raya.

“Lagu Alamak Raya Lagi! ini dihasilkan sempena Aidilfitri mengejut yang berlaku pada 2022 hingga membuatkan ramai yang kalut buat persiapan pada saat akhir," katanya kepada Berita Harian.

Dalam masa yang sama, De Fam juga mengakui mereka berasa seronok apabila cabaran tarian lagu ini menjadi ikutan ramai. Bukan hanya di Malaysia, malah di luar negara. 

Sejak ditayangkan di saluran YouTube pada 8 Mac lalu, video rasmi lagu Alamak Raya Lagi sudah meraih lebih 15 juta tontonan. – Getaran, 18 April 2024

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

2

TARA 3 tahun yang lalu

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

"Saya Memang Tomboy, Dulu Rambut Pacak" - Cik Manggis De Fam Kini Lincah Surf Skating

4

TARA 4 tahun yang lalu

Sedang Hangat! 6 Kumpulan M-pop Mencuri Perhatian Ramai

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang