web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengurus Dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Di Premis, JBPM Dalam Proses Pinda Akta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 5:08PM

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen Letter Of Intent (LOI)antara Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Nor Hisham Mohammad (kiri) dan Ketua Eksekutif Human Resource Development Corporation Datuk Shahul Dawood (kanan) pada Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran Bagi Premis di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), hari ini. - BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam proses meminda Akta Perkhidmatan Bomba 1988 bagi melantik pengurus dan pegawai keselamatan kebakaran di premis yang ditetapkan. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad, berkata Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) adalah platform terbaik bagi membincangkan pindaan akta tersebut dengan melibatkan pihak berkepentingan.

"Program OKK adalah sebahagian daripada langkah untuk membuat pindaan terkini Akta Perkhidmatan Bomba 1988, kita akan cadang untuk pinda akta ini sebagai satu daripada penilaian kesan kepada peraturan disyaratkan oleh kerajaan.

"...jadi perlu ada libat urus dengan pihak berkepentingan...maklumbalas daripada mereka ini akan diambil kerana dalam tempoh dua tahun ini jika tiada halangan serta diluluskan oleh Kabinet, kita akan memulakan program melatih pengurus dan pegawai keselamatan kebakaran dalam bangunan iaitu melibatkan 8,877 premis di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar OKK di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini hari ini.

Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun itu disertai kira-kira 1,000 peserta daripada pelbagai industri di negeri ini. 

Sementara itu, Aminuddin dalam ucapannya berkata, objektif seminar hari ini untuk memberi maklumat berkaitan penubuhan OKK di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988(Akta 341), Seksyen 27A kepada semua pemilik, penghuni atau individu mempunyai pengurusan sepenuhnya ke atas premis ditetapkan dan lain-lain pemain industri.

"Kerajaan juga mengehendaki agar bangunan dan ruang awam menjalani pemeriksaan keselamatan kebakaran secara berkala untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan ini seterusnya mengurangkan nilai kerugian akibat kebakaran.

"Terdapat 423 premis ditetapkan di seluruh Negeri Sembilan tahun ini, dengan 56 premis adalah daripada agensi kerajaan dan 367 premis swasta," katanya

Beliau berharap seminar tersebut dapat memberikan pemahaman yang mendalam tentang undang-undang dan prosedur yang berkuat kuasa dan dijadikan medium mencipta jaringan antara jabatan kerajaan dengan golongan profesional, badan swasta dan pemain industri. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad