Berita Terkini

14 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Sedang Hangat! 6 Kumpulan M-pop Mencuri Perhatian Ramai

M-pop adalah terma yang diberikan untuk mana-mana kumpulan dari Malaysia yang menghasilkan muzik pop ala Korea Selatan. Berikut adalah antara grup M-pop yang lahir dari negara kita sedekad terakhir ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 3:31PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti bahasa, muzik sifatnya bercambah sebaik sahaja menerima  pengaruh dari tempat dan budaya berbeza. Misalnya Korea Selatan yang banyak terpengaruh dengan muzik-muzik dari barat sejak tahun 80-an lagi. 

Namun, sesuai dengan gelombang Hallyu sekitar tahun 1990-an, Korea Selatan mula mencari identiti dengan meneroka lebih banyak genre muzik seperti rock, hip hop dan EDM (electronic dance music) dalam lagu-lagu mereka.

Sebuah kumpulan bernama Seo Taiji dan Boys pada tahun 1992 dipandang sebagai antara kumpulan penting dalam pembaharuan muzik di Korea Selatan apabila menjadi grup pertama yang membawakan elemen rap dalam lagu mereka.

Bukan itu sahaja, kemunculan syarikat gergasi dalam industri hiburan turut membantu perkembangan muzik di sana seperti SM Entertainment yang diwujudkan pada tahun 1995 diikuti JYP Entertainment pada tahun 1997 serta YG Entertainment pada tahun 1998. 

Mereka kemudian memperkenalkan konsep ‘Idol’ yang memerlukan anak muda terpilih dilatih selama bertahun-tahun untuk pintar nyanyi dan menari sebelum debut sebagai selebriti. 

Maka hari ini, jika kita menyebut K-pop, kita akan membayangkan dua aspek utama ini iaitu muzik dan penyanyinya. 

Muziknya mempunyai unsur pop, hip hop dan EDM manakala liriknya selalunya akan mempunyai perenggan bahasa Inggeris. 

Penyanyinya pula mestilah mempunyai suara bagus, koreografi tarian seragam dan ada paras yang menawan untuk disebut ‘Idol’.

Ciri-ciri inilah yang kemudian diadaptasi dan mempengaruhi industri muzik di negara-negara lain termasuklah Malaysia. Maka M-pop adalah terma yang diberikan untuk mana-mana kumpulan dari Malaysia yang menghasilkan muzik pop ala Korea Selatan. 

Berikut adalah antara kumpulan M-pop yang lahir dari negara kita sedekad terakhir ini.

 

De Fam

Pada tahun 2015, Malaysia mempunyai sebuah grup penyanyi wanita iaitu De Fam yang dianggotai oleh Cik  Manggis, Sophia Liana dan Azira Shafinaz yang sebelum itu memang sudah berjinak-jinak dengan muzik hip hop. 

Kemunculan mereka di dalam industri mula mencuri perhatian menerusi lagu ‘Supergirls’ yang menjadi hit waktu itu. Tiga gadis jelita ini tidak hanya bernyanyi malah mahir rap dan menari. 

 

Dolla

Pada tahun 2019, Universal Music Malaysia memperkenalkan sebuah girlband bernama Dolla  yang mempunyai empat orang anggota iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya. Mereka debut pada tahun 2020 dengan lagu ‘Dolla Make You Wanna’. 

Namun begitu, mereka mula mencuri tumpuan melalui lagu kedua iaitu ‘Impikan’ atau ‘Watch Me Glow’ yang dinyanyikan dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. 

Bukan itu sahaja, mereka juga pernah muncul di billboard Spotify New York Times Square selepas Yuna dan Layla Sania. 

Lagu terbaharu Dolla, ‘Bad’ berjaya memperoleh hampir tiga juta tontonan di YouTube dalam masa sebulan. Tidak keterlaluan untuk dikatakan Dolla adalah kumpulan M-pop paling menyerlah waktu ini.

 

Cassia 

Merupakan satu lagi girlband yang muncul setelah debut pada tahun 2021. Cassia dianggotai empat orang ahli iaitu Meyrasam, Sheemal, Shadid dan Ayana. 

Mereka mempertaruhkan lagu ‘X Perlu’ yang berentak pop dance dan tarian yang diarahkan oleh Shahida, seorang koreografer yang berpengalaman mengarahkan video artis-artis ternama Malaysia. 

Cassia juga pernah membuat persembahan pada acara Anugerah Drama Sangat 2021.

 

Nona

Juga pada tahun 2021, sebuah lagi girlband  bernama Nona telah diasaskan oleh pasangan suami isteri Akim Ahmad dan Stacy. 

Nona dianggotai oleh tiga wanita iaitu Nona Raja, Nona Lela dan Nona Rika. Debut pertama mereka ialah lagu ‘Kasuari’ ciptaan Akim dan Stacy.

 

O.V.A

O.V.A atau Overall juga merupakan antara boyband yang sedang mencuri perhatian semenjak debut mereka pada Januari tahun ini. 

Mempertaruhkan lagu ‘Checkmate’, O.V.A dianggotai Harry, Arif, Sha dan Shazwan. Video muzik mereka sudah memperoleh lebih daripada 200 ribu tontonan di YouTube. 

 

CENT2RY

Tahun 2022 menyaksikan sebuah boyband bernama CENT2RY menjadi terkenal tiba-tiba melalui aplikasi TikTok apabila lagu mereka ‘Equal Monster’ mula diguna pakai dan menjadi tular. Kumpulan yang dianggotai Sora, Izzu, Akim, Noel, Shairi dan Peanut itu merakamkan video muzik mereka di Tamarind Square, Cyberjaya yang rata-ratanya menganggap mereka sangat amatur. 

Namun begitu, mereka tetap menjadi perhatian kerana ramai pengguna TikTok, termasuklah dari Indonesia, yang menganggap mereka kelakar.

Satu demi satu kumpulan pop muncul dan menawarkan kelainan melalui muzik dan tarian mereka. 

Kami menjangkakan untuk tempoh beberapa bulan mendatang akan ada lebih banyak kumpulan M-pop bakal debut seterusnya memeriahkan industri muzik negara. 

Secara tidak langsung, persaingan sihat antara kumpulan M-pop juga akan semakin meriah. Di mana dan siapapun anda, semoga anda bersedia! - Getaran, 20 Mac 2022

Gambar: Instagram ovaofficialmy dan Gambar Fail

Isu Pada

Jiwa Bebas Fauzi Baadila

19 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 6 bulan yang lalu

Levi’s Lantik Kumpulan K-Pop, NewJeans Jadi Duta Global 

2

TARA 10 bulan yang lalu

Bermalam Di Atas Pentas Peragaan, Dekati Kumpulan K-pop ENHYPEN

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Anggota Kumpulan Dolla Iaitu Angel Kena Serang Peminat Fanatik, Gara-Gara Tak Puas Hati Gosip Bercinta Dengan Nadhir Nasar

4

Selebriti 10 bulan yang lalu

Ditegur Neneknya, Pelakon Rozie Othman, Tentang Pemakaian Seksi - Syasya Dolla Akui Tidak Mahu Jadi Hipokrit

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis