web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

Konsert ini adalah simbolik kelahiran semula DOLLA dan tiket dijual pada harga serendah RM149

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2024 8:15AM

Konsert itu disifatkan sebagai simbolik kelahiran semula DOLLA yang serba baharu dalam perspektif yang berbeza.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun kehadirannya di pentas muzik ketika dunia berada di tahap terlemah, iaitu semasa kemuncak wabak Covid-19, kumpulan wanita Malaysia DOLLA telah membuktikan bahawa mereka ada segala yang diperlukan untuk bertahan. 

Hanya dalam tempoh beberapa tahun, kumpulan yang bermula dengan empat orang ahli ini telah berjaya meninggalkan kesan dalam dunia muzik umum. Dikenali dengan muzik mereka yang unik dan gerakan tarian yang lincah, DOLLA kini hanya tinggal bertiga selepas seorang ahli kumpulan mereka, Syasya mengundurkan diri baru-baru ini.

Situasi yang berlaku tidak melemahkan semangat mereka, sebaliknya DOLLA terus mengorak langkah berani apabila tampil dengan pengumuman Konsert Re:Birth The Experience.

Konsert yang bakal diterbitkan oleh Hitman Solutions itu akan berlangsung 3 Ogos nanti, bertempat di Zepp Kuala Lumpur, dengan menjanjikan pengalaman visual dan audio yang menakjubkan. 

DOLLA bersama Rohit Rampal
DOLLA bersama Rohit Rampal

Konsert tersebut juga disifatkan sebagai simbolik untuk gadis-gadis ini menunjukkan kelahiran semula DOLLA yang serba baharu dalam perspektif yang berbeza.

“Saya berharap konsert ini dapat menjadi pengalaman dan kenangan buat semua iDollas yang akan menghadiri konsert itu. Matlamatnya adalah untuk mereka bergembira dan berseronok bersama kami sambil mencipta kenangan yang akan kekal selama-lamanya.

“Kami berhasrat mengadakan persembahan yang menakjubkan dan mencipta pengalaman terbaik untuk peminat tercinta kami. Jadi bersedia untuk dibawa ke dunia DOLLA,” jelas Tabby.

Seorang lagi ahli DOLLA, Angel juga berkongsi sentimen yang sama tentang rancangan masa hadapan mereka.

“Konsert DOLLA ini akan menjadi era baharu, kelahiran semula DOLLA. Kami sedang menyediakan susunan lagu DOLLA yang baharu dan segar untuk konsert itu. Sudah tentu persembahan yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa pun sebelum ini! Ia akan menjadi pengalaman yang penuh emosi dan istimewa untuk iDollas,” ujar Angel.

“Kelahiran semula DOLLA memegang visi baharu yang berani, satu evolusi yang menangkap intipati keperibadian kami hari ini. Kami bakal melangkah ke satu ruang yang belum diterokai, menerima perubahan dan menghindari segala rintangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Bersedialah untuk menyaksikan era baharu DOLLA. Kami teruja untuk memberi peluang kepada semua yang telah bersama kami untuk mentakrifkan semula DOLLA yang baharu,” ujar seorang lagi ahli DOLLA, Sabronzo.

Tiket-tiket dijual pada harga RM149, RM199, RM259 dan RM9888 bermula hari ini.
Tiket-tiket dijual pada harga RM149, RM199, RM259 dan RM9888 bermula hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal memberitahu, pihaknya teruja dan mahu memberi kesempatan kepada kumpulan pujaan ramai ini untuk mempamerkan ‘kelahiran semula’ mereka. 

"Sentiasa bersemangat untuk menonjolkan bakat tempatan, kami mahu memberikan kumpulan kelahiran Malaysia ini kesempatan untuk meraikan kejayaan dan kerja keras mereka.

“Bukan sekadar penghibur, DOLLA telah menunjukkan bahawa kerja keras dan cita-cita besar adalah apa yang diperlukan untuk mencapai impian sendiri, sesuatu yang boleh diimpikan oleh semua artis yang akan datang," katanya. 

Tiket-tiket dijual pada harga RM149, RM199, RM259 dan RM9888 dan penjualan tiket akan bermula pada 30 Mei ini di www.hitmanlive.com. - Getaran, 30 Mei 2024

Foto : Hitman Solutions

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang