Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

The Cine Dance memilih lagu ciptaan dan dendangan kumpulan De Fam kerana ia menerangkan suasana ketika menyambut hari raya, selain 'trending' di media sosial

Muzik Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 12:30PM

gambar FB The Cine Dance

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India yang manis menggayakan baju kurung dan kebaya menari menggunakan lagu itu dalam aksi klip video hari raya sehingga trending di Tik Tok.

Dikenali dengan nama The Cine Dance, video tarian oleh 11 penari berusia 14 hingga 26 tahun itu semakin mendapat perhatian di media sosial khususnya Tik Tok, Instagram dan Facebook sehingga merekodkan hampir satu juta tontonan.

Pengasasnya, Thaneswari Rajenthiran, 26, berkata, lagu asal penyanyi berkumpulan popular terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana itu mampu menarik minat pelbagai kaum untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri.

"Kami dianggotai 11 penari termasuk saya sebagai guru tari, saya memilih lagu ini kerana ia trending dan mendapat sambutan orang ramai di TikTok, selain lagu ini juga menerangkan situasi sebenar dalam menyambut perayaan.

"Bagi memastikan hasil rakaman ini menarik, kami memilih memakai baju kurung dan kebaya, membeli daun ketupat dan bahan dijadikan rendang sebagai prop. Semasa merakam video ini, kami agak kesuntukan masa kerana cuaca ketika itu panas, tetapi saya berpuas hati dengan hasilnya," katanya kepada BERNAMA.

Thaneswari yang berasal dari Seremban berkata, dia dan ahli kumpulannya hanya mengambil masa beberapa jam sahaja mendapatkan rentak koreografi dan merakam video itu dengan memilih Lembaga Muzium Negeri Sembilan sebagai lokasi bagi membangkitkan kemeriahan suasana hari raya.

Memuji komitmen pelajarnya, Matheyarasi Sugumar, Tamaraa Parameswaran, Humaszalini Gunasaykaran, Nonisha Jeyendran, Kishalini Magenthiran, Neena Ramu, Yuvna Moorthy, Pavithrah Thuraibalan, Harsshala Kalai dan Jeyavicknes Jeyraman dalam menjayakan klip video berkenaan, Thaneswari berkata, ia secara tidak langsung menaikkan semangatnya untuk terus tampil dengan persembahan menarik dalam pelbagai genre muzik bagi menghiburkan masyarakat.

Anak ke empat daripada lima adik beradik itu berkata, menjadi rutin sejak lima tahun lalu kumpulan Cine Dance merakamkan klip video tarian sempena Aidilfitri mengikut lagu raya yang dipilih namun kali ini tampil dengan kelainan dengan merakamkannya di luar studio.

"Sebelum ini pun memang kami ada merakamkan tarian lagu raya yang hits di media sosial seperti lagu Pejam Celik Hari Raya pada tahun lepas," katanya.

Menceritakan minatnya dalam bidang tarian, Thaneswari adalah pelajar pengurusan penerbangan berkata, bidang itu menjadi minatnya sejak kecil dan bercita-cita mahu mengembangkan kelas tarian sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Saya seronok menceburi bidang tarian, selain mengajar di Seremban, saya juga berulang ke Kuala Lumpur, Nilai dan Kajang sebab pelajar saya terdiri pelbagai kaum, seronok melakukan perkara kita minat dan mendorong saya lebih berdisplin dan fokus untuk berjaya," katanya.

Sementara itu, Sophiatul Liana Mohamed Sobri atau dikenali Sophia Liana berkata, dia sangat gembira dan menghargai apabila lagu raya pertama ciptaan De Fam, Alamak Raya Lagi mendapat perhatian bukan sahaja di dalam negara, malah turut tular di luar negara.

Sokongan kaum lain yang turut bersama-sama memeriahkan Aidilfitri kali ini dengan menonjolkan video menarik menggunakan lagu raya itu memberi makna cukup besar yang secara tidak langsung menjadi jambatan kemesraan antara kaum di negara ini.

"Majoriti pendengar mengambilnya dari sudut positif dan buat trend di media sosial dan niat kami untuk mencetuskan suasana gembira bersama keluarga mereka...kami gembira kerana ada yang mengikuti trend ini," katanya.

"Sejujurnya, kami berasa sangat bangga apabila kaum lain turut serta menggunakan lagu ini sebagai kandungan di media sosial, maksudnya lagu ini diterima oleh seluruh masyarakat termasuk rakyat Sabah dan Sarawak, mereka juga kreatif apabila menggunakan bahasa dan dialek masing-masing menerusi lagu raya ini," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 minggu yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

2

TARA 1 tahun yang lalu

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

"Saya Memang Tomboy, Dulu Rambut Pacak" - Cik Manggis De Fam Kini Lincah Surf Skating

4

TARA 2 tahun yang lalu

Sedang Hangat! 6 Kumpulan M-pop Mencuri Perhatian Ramai

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 23 jam yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 8 jam yang lalu

Kolaborasi Astro-TikTok Anjur Edisi Terbaharu ‘TikTok LIVE Gimme The Mic’ Di Malaysia

Uji bakat pencarian pencipta kandungan muzik dan bakat baharu bermula 7 Mei di TikTok LIVE

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

Biarpun begitu, Erma tetap dengan pendirian bahawa perbuatan Sarah Yasmine adalah salah!

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 12 jam yang lalu

Atta Halilintar Kongsi Kenangan Jual Kad SIM Di Central Market

oleh Helmi Anuar