web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Saya Memang Tomboy, Dulu Rambut Pacak" - Cik Manggis De Fam Kini Lincah Surf Skating

Cik Manggis yang juga salah seorang ahli kumpulan De Fam turut memberitahu bahawa kumpulannya itu bakal muncul dengan single baharu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 8:05PM

Cik Manggis mengakui sukan lasak sebenarnya sudah sebati dengan keperibadiannya. - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak hanya menari, rupanya ahli kumpulan De Fam, Cik Manggis aktif dengan sukan Surf Skating yang selalunya dipelopori kaum lelaki. 

Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin mengakui baru berjinak-jinak dengan sukan itu, sejak April lalu.

Menurut Cik Manggis, sukan lasak sudah sebati dengan dirinya.
Menurut Cik Manggis, sukan lasak sudah sebati dengan dirinya.

“Selepas kena COVID-19, saya dan suami cepat rasa penat. Jadi untuk mengembalikan stamina, kami cari aktiviti yang boleh buat kami berpeluh. 

“Surf Skating ini, kalau kita main lima minit sahaja pun dah berpeluh ya,” katanya ketika ditemui di program Malaysia Boleh Bersama Milo hari ini.

Lincah bersukan dengan hijab di kepala, Cik Manggis turut mengakui sukan lasak sebenarnya sudah sebati dengan keperibadiannya. 

Cik Manggis melakukan sesi latihan bersama pengajar ditemani suaminya.
Cik Manggis melakukan sesi latihan bersama pengajar ditemani suaminya.

“Saya memang tomboy, dulu-dulu saya rambut pacak tau. Sukan lasak tetapi tidak terlalu lasak begini memang saya suka. Ya, saya pernah tercedera waktu mula-mula tapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus bermain.

“Sekarang saya dah pandai sikit. Saya pun ada melakukan sesi latihan bersama pengajar ditemani suami,” katanya.

Dalam perkembangan lain, De Fam bakal tampil dengan lagu terbaharu mereka hujung bulan ini. 

Pernah mengalami kecederaan, namun ia tidak mematahkan semangat Cik Manggis.
Pernah mengalami kecederaan, namun ia tidak mematahkan semangat Cik Manggis.

“Saya ada berita gembira nak kongsi, De Fam akan keluarkan single baharu hujung September ini dan saya juga teruja menantikannya.

“Muzik video juga sudah siap. De Fam punya genre muzik kali ini sangat berbeza berbanding sebelumnya. Saya harap peminat sukakannya. Nantikan,” tambahnya. 

Cik Manggis ditemui di program Malaysia Boleh Bersama Milo sempena Hari Malaysia. Program tersebut dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung dengan kehadiran artis ternama seperti Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan. – Getaran, 16 September 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang