Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

Deretan karya lakonannya sedang ditayangkan serentak di semua platform termasuk layar perak, layar skrin dan juga laman penstriman digital, tidak terkecuali lagu barunya bersama kumpulan De Fam, menjadikan Azira Shafinaz bintang paling menyerlah pada ketika ini.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 10:00AM

Azira mahu membina keluarga sendiri satu hari nanti. - semua gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah lama kami menyimpan hasrat untuk mengabadikan wajah nan satu ini sebagai penghias sampul hadapan TARA. Namun si empunya diri sibuknya bukan kepalang. Tetapi ibarat kata pepatah, andai sudah jodoh pasti bertemu jua. Dan akhirnya kami berjaya mendapatkan Azira Shafinaz untuk menghiasi muka depan TARA minggu ini.

Namun waktu yang kami ada untuk lakukan sesi fotografi sangat terhad. Kerana seperti hari-hari lain, hari itu juga merupakan hari yang penuh dengan aktiviti buat wanita jelita berusia 31 tahun ini. 

Sesi fotografi dilakukan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur di mana pada hari yang sama turut diadakan majlis pelancaran siri terbaru terbitan VIU Original Malaysia berjudul ‘Ijab Kabut’ yang dibintangi  Azira sebagai watak utama di samping Iedil Putra dan Fadlan Hazim.

Azira tampil jelita bak bidadari menyarung busana berwarna putih polos dari koleksi terbaharu pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini Bridal Collection 2022. Perfect look for our cover!

Ruang legar di hotel Royale Chulan pada hari itu dihias indah oleh pereka pelamin terkenal Reka Teemor persis taman bunga yang diinspirasikan dari Central Park New York. Sungguh romantis sekali!

Melihat Azira persis pengantin baru yang sedang menanti saat untuk diijabkabulkan bersama buah hati tercinta, soal saya padanya tidakkah dia terasa seperti mahu mengakhiri zaman bujangnya segera? Mendengar soalan itu Azira lantas ketawa besar. 

“Sudah tentu! Apabila usia semakin meningkat, pastinya perasaan untuk mendirikan rumah tangga itu semakin menebal dalam diri. Apabila saya melihat kakak saya yang sudah punya tiga anak, saya beritahu padanya: “I want my own kids”. 

“Tetapi untuk tamatkan zaman bujang buat masa sekarang rasanya belum lagi. Mungkin jodoh saya belum sampai. Tetapi saya okay sahaja. Saya tak pernah stres memikirkan kenapa saya tak kahwin lagi. Bila sampai masanya, jodoh itu akan hadir dengan sendiri. 

“Lagi pula sekarang ini saya sangat-sangat sibuk dengan jadual kerja yang padat. Bulan Oktober sahaja saya back to back untuk mempromosikan semua hasil kerja saya yang keluar serentak dalam bulan yang sama,” katanya yang pernah menyasarkan untuk menamatkan zaman bujang pada usia 25 tahun. 

Miliki raut wajah yang jelita, tutur bicaranya pula lembut bak sutera, sesiapa sahaja pasti tertawan saat bertentang mata dengannya. Namun, lelaki bagaimanakah yang mampu memikat hatinya?

“Saya tak pernah menetapkan ciri-ciri ataupun kriteria untuk lelaki mendampingi saya. Mungkin dulu-dulu ada saya tetapkan ciri-ciri lelaki idaman. 

“Tetapi sekarang saya rasa apa yang saya mahukan adalah seorang lelaki yang betul-betul memahami kerjaya saya sebagai seorang selebriti dan dia juga mestilah seorang yang ‘family man’. 

“Daripada dulu lagi saya memang minat dengan family man. Mungkin kerana saya sangat rapat dengan famili. Jadi kalau boleh saya nak orang terima baik buruk saya dan juga terima keluarga saya,” ceritanya perihal kriteria lelaki idaman.

Pernah bercinta satu masa dahulu, namun hubungan yang dibina putus di pertengahan jalan. Ditanya adakah dia trauma atau serik untuk mencari cinta baru, kata Azira dia tidak pernah ada perasaan itu, namun akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan selepas ini. 

“Kami masih lagi berkawan sampai sekarang. Keluarga kami memang baik. Saya pun tak ada masalah dengan dia. Untuk saya mencari teman yang baru, di usia saya yang sekarang, kalau boleh saya mahu seseorang yang serius menjalin hubungan. Kalau boleh I want to keep my circle small,” ujarnya.

Setiap wanita pastinya mempunyai impian perkahwinan mereka tersendiri. Alang-alang berbicara tentang perkahwinan, lantas saya bertanya tentang impian perkahwinan bagi seorang Azira Shafinaz.

“Sebenarnya saya teringin sewaktu majlis pernikahan saya nanti, semua tetamu yang hadir memakai pakaian berwarna hitam, dan hanya saya yang berbaju putih. Tapi ramai yang cakap jangan, sebab nampak pelik. 

“Tetapi saya selalu juga tengok di Instagram gambar-gambar majlis perkahwinan, gambar pelamin. Saya siap simpan di dalam folder

“Kalau boleh saya mahukan outdoor wedding berkonsepkan taman. Mungkin di puncak bukit yang punya latar pemandangan yang cantik,” kongsinya mengenai majlis impian. 

Kisah membabitkan jodoh tentang Azira nampaknya berlarutan hingga ke dalam drama.

Menerusi drama terbaru terbitan VIU Original Malaysia iaitu Ijab Kabut, Azira membawakan watak utama bernama Deanna yang merupakan seorang penerbit muzik yang mengidamkan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna.

Namun di saat semuanya hampir menjadi nyata, tunangnya memutuskan hubungan mereka di tengah jalan. 

“Watak Deanna ini sangat menarik. Dia seorang yang tak nak kalah. Jadi bila tunang dia putuskan pertunangan, dia tetap nak teruskan juga majlis perkahwinan itu sehingga sanggup buat sesi uji bakat untuk mencari bakal suami. 

“Bila bercakap mengenai drama komedi romantik tentang majlis perkahwinan, pasti akan ada yang bersikap skeptikal bahawa jalan ceritanya agak klise. Tetapi drama ini sangat berbeza,” kongsinya. 

Bergandingan bersama aktor berbakat besar iaitu Iedil Putera, Azira akui dia sangat teruja kerana dia sebenarnya merupakan peminat Iedil. 

“Pada mulanya saya tidak tahu siapa gandingan saya dalam drama ini sehinggalah hari bacaan skrip. Iedil seorang pelakon yang sangat fun. Senang bekerja dengannya. Walaupun kami baru kenal, tapi saya rasa sangat selesa bekerja dengannya. 

“Ada satu babak di mana dia perlu bermain gitar dan menyanyi untuk saya, ketika itu saya mengalirkan air mata kerana lakonannya sangat ‘memberi’,” kongsinya. 

Terlanjur berbicara soal kerjaya, pada ketika ini sinaran bintang Azira sedang berkilau dengan penuh gemilang. Mana tidaknya, tiga karya lakonannya sedang ditayangkan serentak di layar perak, layar kaca dan juga platform digital. Tidak terkecuali single terbarunya bersama kumpulan De Fam berjudul ‘Berubah’ turut dilancarkan pada bulan yang sama. Ini merupakan satu pencapaian yang hebat buat seorang selebriti. 

Filem lakonannya iaitu Talbis Iblis kini sedang rancak ‘merasuk’ di pawagam dan telah berjaya mengumpul RM2 juta setakat ini. Manakala, drama lakonannya ‘One Cent Thief’ juga sedang menjadi bualan ramai. Dan semestinya siri komedi romantik Ijab Kabut yang sedang hangat ditayangkan di platform penstriman popular, VIU Malaysia. Tidak berlebihan jika dikatakan bahawa 2022 adalah tahun Azira Syafinaz. 

“Tahun 2021 merupakan antara fasa yang saya rasa agak ‘down’. Dan saya pernah kata kepada diri saya sendiri, It’s okay Azira, 2022, it will be your time! It will be your year! 

“Alhamdulillah, Allah kabulkan doa saya dan saya sebenarnya rasa sebak. Bukan kerana ramai orang cakap Azira you are everywhere now. Saya sebak, sebab di sini saya telah buktikan kebolehan saya sebagai seorang pelakon. 

“Sebab dulu saya ingat lagi di awal pembabitan sebagai pelakon, ramai orang mempertikaikan tentang perkara itu. Dan, saya sejenis seorang yang tak suka mengalah. 

“Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sebelum saya sertai kumpulan De Fam, saya dah pernah berlakon. Dari awal lagi saya memang nak bergelar seorang pelakon. Itu adalah impian saya sejak kecil. 

“Saya tak pernah terfikir yang saya akan menjadi seorang penyanyi, tetapi takdir sudah tertulis untuk saya bersama dengan De Fam. Biarpun saya bersama dengan De Fam, tetapi saya tidak mahu tinggalkan kerjaya lakonan saya because that is my passion! 

Beralih ke kerjaya nyanyian pula, kali terakhir kumpulan De Fam yang turut dianggotai oleh Cik Manggis dan Sophia Liana ini tampil dengan single ‘Panas’ pada tahun 2019. Kini selepas tiga tahun, mereka muncul dengan single baharu berjudul ‘Berubah’ yang bernuansa balada. 

Ditanya kenapa mengambil masa yang lama untuk menghasilkan single baharu, kata Azira mereka sangat menitik beratkan soal lagu bagaimana yang mahu dikeluarkan. 

“Kami juga kini membawakan imej yang baru. Seperti yang semua tahu, Cik Manggis kini sudah berhijab. Jadi inilah masa yang sesuai. Kenapa kami memilih genre balada untuk single ‘comeback’ ini kerana kami ingin mencuba sesuatu yang baru. 

“Kalau keluarkan lagu dengan genre yang sama orang dah boleh teka. Kali ini kami berubah 360 darjah. Sangat-sangat berbeza dengan apa yang De Fam pernah tampilkan sebelum ini. 

“Sewaktu proses rakaman lagu ini kami agak ‘struggle’ untuk dapatkan ‘feel’ lagu balada. Tapi nasib baik Faizal Tahir selaku penulis lirik banyak membantu kami. 

“Kami memang duduk bersama dan beritahu apa sebenarnya yang kami mahu sampaikan dalam lagu ini. Secara asasnya lagu ‘Berubah’ ini menceritakan perjalanan hidup De Fam daripada awal hingga sekarang. Banyak benda yang telah berubah.” - Getaran 5 November 2022

DI SEBALIK PEMBIKINAN WAJAH TARA - GETARAN

Layari: www.getaran.my ⁠

Wajah Tara: Azira Shafinaz 

Timbalan Editor Gaya Hidup & Hiburan: Ellyna Ali 

Teks: Helmi Anuar 

Suntingan Teks: Faizal Salim

⁠Jurugambar: Abdul Razak Latif 

Rekaletak: Abdul Hanif Zahari

Busana: Rizman Ruzaini

Dekorasi: Reka Teemor

Lokasi: Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur

Sekalung penghargaan kepada Viu Malaysia

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 6 hari yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

2

Muzik 1 minggu yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

3

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi