web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 10:25PM

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata ia melibatkan 49 kes rogol, Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak (26), liwat/luar tabii (enam), mengedar gambar lucah (lima) dan menunjukkan isyarat lucah (empat).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Cinta dan Air Mata Peringkat Kebangsaan di Jeram Mengaji di sini hari ini. 

Program selama tiga hari bermula Ahad lepas itu melibatkan penyertaan 100 peserta terdiri dalam kalangan pemimpin pelajar dan ahli pembimbing rakan sebaya dari politeknik dan kolej komuniti seluruh negara.

Muhamad Zaki berkata, program berkenaan merupakan platform terbaik untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada peserta dalam usaha memastikan negara bebas daripada masalah dadah dan sosial remaja. 

Sementara itu, Muhamad Zaki dalam satu kenyataan menafikan berlaku rampasan dan cubaan kemasukan dadah jenis Fentanyl di Kelantan seperti dilaporkan media semalam.

Menurutnya, perwakilan Parlimen Thailand mengadakan satu perjumpaan bersama polis Kontinjen Kelantan pada Jumaat lepas dan membincangkan beberapa isu jenayah rentas sempadan termasuk isu dadah Fentanyl.

"Pihak perwakilan Parlimen Thailand memaklumkan terdapat cubaan masuk dadah jenis Fentanyl di sempadan Myanmar-Thailand," katanya.

Bagaimanapun Muhamad Zaki berkata, pihaknya mengambil tindakan proaktif termasuk meningkatkan risikan dan kawalan di sempadan dalam usaha menghalang kemasukan dadah itu yang mempunyai kesan 100 kali lebih kuat daripada heroin. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad