web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Naikkan Had Umur Lesen B Kepada 18 Tahun - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 8:44PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penetapan had umur minimum untuk mendapatkan lesen motosikal daripada 16 kepada 18 tahun boleh membantu mengurangkan kes kemalangan yang membabitkan remaja di negara ini.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Law Teik Hua, berkata ketika ini, peningkatan kadar kemalangan membabitkan golongan itu adalah sangat membimbangkan.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Law Teik Hua.
Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Law Teik Hua.

“Kalau kita tengok statistik kemalangan penunggang motosikal daripada 4,071 kes pada tahun 2021, separuhnya itu adalah membabitkan remaja berusia antara 16 tahun hingga 18 tahun.

“Bagi kita situasi ini sangat membimbangkan. Kita sebelum ini pernah cadangkan juga kepada kerajaan untuk menaikkan had umur minimum kelayakan untuk mendapatkan lesen motosikal.

“Sekurang- kurangnya pada umur 18 tahun selarikan dengan had umur bagi lesen kereta,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan kaedah lain, jika langkah menaikkan had umur itu sukar dilaksanakan, seperti meletakkan syarat tambahan untuk mendapatkan lesen.

Katanya, beliau faham ia mungkin sukar dilakukan kerana perlu mengambil kira faktor lain.

“Tapi ada cara lain yang boleh dilakukan seperti hadkan jarak perjalanan bagi pemegang lesen remaja.

“Ataupun ada negara yang buat peraturan pemandu atau penunggang remaja yang baru mendapat lesen mesti ditemani seorang yang lebih berpengalaman,” katanya.

Awal Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata had umur dan tempoh pemilikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal adalah antara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum cadangan naik taraf kepada lesen kelas B secara automatik dapat diputuskan.

Ahmad Zahid pada bulan Ogos lalu mencadangkan supaya lesen memandu kelas B2 dinaik taraf kepada kelas B secara automatik.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengklasifikasikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal tidak melebihi 250cc manakala kelas B membabitkan motosikal melebihi 500cc.

Kelayakan umur untuk  mengambil lesen motosikal  kelas B2 adalah pada umur 16 tahun, manakala bagi kelayakan umur bagi lesen motosikal kelas B adalah pada umur 17 tahun.

Namun, beberapa pihak menyuarakan kebimbangan terhadap cadangan itu memandangkan golongan remaja paling terdedah dengan risiko kemalangan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pula dilaporkan berkata, keputusan menaik taraf kepada lesen B secara automatik tidak mudah kerana statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menunjukkan kemalangan jalan raya paling banyak melibatkan mereka yang berumur dalam kalangan 16 hingga 35 tahun.

Remaja antara yang terbabit dalam aktiviti lumba haram dan rempit. - gambar hiasan
Remaja antara yang terbabit dalam aktiviti lumba haram dan rempit. - gambar hiasan

Dengan erti kata lain, Loke berkata, golongan itu lebih berisiko memandangkan usia mereka yang masih muda dan akan bertindak semborono berbanding pemandu lebih berumur.

Berdasarkan statistik JSPT, jumlah kematian penunggang motosikal akibat nahas jalan raya pada tahun 2023 meningkat 10 peratus iaitu 4,480 kemalangan maut berbanding 4,071 kes pada tahun 2022. – Getaran, 30 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad