web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nora Danish Akui Perkahwinan Dilanda Krisis, Manakala Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

Masalah rumahtangga kedua-dua pasangan artis mula dihidu sejak tiada perkongsian mengenai pasangan masing-masing

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 12:57PM

Gambar Nora Danish dan Nedim bersama anak-anak mereka yang dimuat naik Januari lalu. gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pengakuan pelakon popular Nora Danish apabila dia membuka mulut bahawa perkahwinannya yang berusia tujuh tahun kini mula goyah. 

Bahkan, Nora juga mendedahkan dia dan suaminya, Nedim Nazri kini tidak lagi tinggal sebumbung. Namun, menegaskan mereka sedang mencari jalan terbaik untuk memulihkan perkahwinan dan perceraian adalah jalan terakhir.

“Perceraian adalah jalan terakhir. Apa jua keputusannya nanti, saya mengharapkan yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak,” ujar Nora ketika ditemui media.

Pergolakan rumah tangga pasangan popular ini mula dihidu apabila Nora dilihat tidak lagi berkongsi foto bersama suaminya sejak 1 Syawal dahulu.

Ramai yang berasa hairan dan tertanya-tanya mengenai status mereka kerana sebelum ini Nora sering memuat naik foto aksi manjanya bersama suami.

Biarpun mengakui masing-masing memerlukan ruang buat sementara waktu, Nora menafikan krisis perkahwinannya itu adalah disebabkan oleh orang ketiga.

“Apa yang berlaku tiada kena-mengena dengan orang ketiga. Lebih kepada masalah persefahaman masing-masing. Rumah tangga mana tidak dilanda masalahkan,” ujar Nora.

Dalam perkembangan lain, pelakon dan pengacara Irma Hasmie terus mengunci mulut berhubung status perkahwinannya biarpun berita perkahwinan suaminya, Redza Syah Azmeer mula tersebar.

Berita yang dikongsi sendiri oleh Redza di akaun Instagramnya itu (kini sudah diset kepada mod ‘peribadi’) disertakan dengan foto majlis pernikahan yang memperlihatkan dia dan isteri baharu mengenakan persalinan rona putih sedondon. 

Irma Hasmie
Irma Hasmie

“Perjalanan baharu sudah bermula, akan lebih fokus kepada keluarga, kerjaya dan masa depan bersama.”

“Jazakumullahukahir untuk semua doa. Semoga Allah makbulkan segala doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari, Aameen Ya Rabbalalamin,” tulisnya pada hantaran Instagram itu.

Redza juga berkongsi bahawa perkahwinan dengan wanita yang dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim itu mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Kemelut perkahwinan di antara Irma dan Redza mula memancing tanda-tanya sejak setahun yang lalu apabila masing-masing dilhat tidak lagi berkongsi detik-detik bersama di akaun media sosial masing-masing. – Getaran, 30 April 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nora Danish Berhijab Selepas Sering Hadiri Majlis Ilmu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Nora Danish Gemar Menikmati Lemang Bersama Rendang Daging Wagyu Yang Dimasak Suaminya 

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan