web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

Pelakon dan model itu enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan yang mengatakan beliau kini berdepan dengan kemelut rumah tangga

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 8:14AM

Pelakon dan model Muslimah, Irma Hasmie.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan model Muslimah, Irma Hasmie terus mengunci mulut daripada memberikan sebarang komen berhubung dakwaan yang mengatakan dia dan suami,  Redza Syah Azmeer kini berdepan dengan kemelut rumah tangga.

Desas-desus yang menjadi bualan ramai itu bermula apabila Irma dilihat sudah begitu lama tidak berkongsi gambar suami di akaun media sosialnya. Malah, suaminya juga melakukan perkara yang sama. Malah, Irma seolah-oleh tidak terlibat dengan mana-mana acara keluarga pihak suami. 

Selain itu, terdapat satu hantaran di media sosial miliknya yang turut memancing spekulasi.  

"Saya minta maaf, kalau boleh  saya tak mahu komen langsung mengenai isu ini. Saya pilih tidak terlalu berkongsi tentang hal peribadi.

"Saya pilih sebegitu, jadi saya minta maaf. Kita mudah untuk menilai, jadi saya harapkan apa sahaja hantaran dibuat jangan kaitkan dengan soal peribadi yang difikirkan,” ulas Irma tegas ketika diminta ditemui oleh pihak media di majlis pengiktirafan Ratu Rock Negara, Ella atas komitmen dalam menyebarluaskan kepentingan kesihatan hormon oleh Skyhill Clinic, The Colony KL Eco City pada Rabu.

“Hantaran saya tidak sebutkan secara terus-terang. Mungkin saya bercakap tentang perkara lain. Orang tidak sepatutnya membuat sebarang andaian berdasarkan hantaran di media sosial.

“Saya hanya berkongsi dan jangan buat sebarang penilaian. Saya sekarang ini baik-baik sahaja, tambah pelakon berusia 42 tahun ini lagi. 

Irma Hasmie bersama dua anaknya, Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie.
Irma Hasmie bersama dua anaknya, Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie.

Dalam masa yang sama, Irma juga memberitahu selepas ini dia akan berhati-hati apabila mahu memuat naik sebarang hantaran di media sosial. Ini kerana dia tidak mahu ia terus menimbulkan persepsi negatif. 

Terdahulu, satu hantaran Instagram Irma dilihat seolah-olah memberi bayangan mengenai kemelut rumah tangganya.

Dalam perkongsian itu, Irma memuat naik pesanan kepada suami mengenai pengorbanan seorang isteri dalam sebuah perkahwinan.

Irma dan Redza Syah berkahwin pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Redza Syah Irfhan, 11 dan Irma Nur Naylie, 10. – Getaran, 29 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Nora Danish Akui Perkahwinan Dilanda Krisis, Manakala Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Masuk Dalam Kereta, Irma Hasmie Menangis Teruk Di Turki

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa