web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

Pasangan itu disahkan bercerai enam bulan lalu dalam perkongsian di akaun Instagram Reen Emran

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2024 12:20PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Teka-teki mengenai status perkahwinan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie serta Redza Syah Azmeer kini sudah terjawab apabila mereka disahkan bercerai sejak enam bulan yang lalu.

Namun, berita itu bukan disahkan oleh Irma, mahupun bekas suami, tetapi oleh teman baik Irma, Reen Emran menerusi satu pautan di Instagram Story (IGs) miliknya pada Selasa. 

“Assalamualaikum… Untuk menjawab kepada persoalan apakah status mereka sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.

Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri). Untuk pengetahuan, mereka sudah sah bercerai enam bulan lepas.

“Dengan persoalan yang dah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya. Alhamdulillah dia dan anak-anak okay dan sihat saja,” tulis Reen.

Pada masa sama, Reen turut meminta orang ramai memohon doa kepada Allah swt semoga urusan segala urusan Irma untuk mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi dipermudahkan.

“InshaAllah dia akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi. Mohon semua doakan yang baik baik buat sahabat saya. Terima kasih semua,” tulisnya.

Status perkahwinan Irma dan Redza kembali menjadi ‘ungkitan’ ramai selepas bekas suaminya memuat naik beberapa foto pernikahannya pada hujung minggu lalu. 

Ramai yang mengkritik kerana berpendapat lelaki ini tidak sensitif memandangkan Irma mengunci mulut demi menjaga banyak hati. Mungkin kerana itu, Redza sudah menukar akaun Instagramnya kepada mod peribadi. – Getaran, 1 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Nora Danish Akui Perkahwinan Dilanda Krisis, Manakala Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

Masuk Dalam Kereta, Irma Hasmie Menangis Teruk Di Turki

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera