web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masuk Dalam Kereta, Irma Hasmie Menangis Teruk Di Turki

Bukan hanya Irma, turut sama-sama berkongsi pengalaman ialah selebriti Dr. Soo Wincci dan Diana Amir yang pernah menyertai delegasi kemanusiaan ke Bosnia.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Aug 2022 8:33PM

Irma Hasmie bersama anak-anak yatim Syria - Gambar ihsan Islamic Relief

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara dan pelakon Irma Hasmie tidak boleh menahan sebak melihat kesengsaraan yang terpaksa dihadapi pelarian Syria di Turki.

Irma, yang dilantik menjadi ikon kemanusiaan Islamic Relief Malaysia telah pergi ke beberapa negara untuk melihat sendiri bagaimana keadaan wanita dan kanak-kanak di lokasi bergolak.

Meski sedih melihat penderitaan hidup dan mendengar luahan perjalanan hidup insan-insan diuji, dia sedaya upaya akan berusaha untuk tidak menunjukkan emosi tersebut di hadapan mereka. 

“Pernah satu masa, ketika bertemu ibu tunggal pelarian Syria di Turki sewaktu misi musim sejuk, saya terpaksa lari dan bersembunyi di dalam kereta serta menangis kerana terlalu sedih melihat kesengsaraan hidup mereka.

“Pengalaman melihat survival ibu tunggal dan anak yatim Syria yang melarikan diri sehelai sepinggang tanpa harta atau bekalan memberi kesan emosi mendalam pada diri saya,” ujar Irma dalam satu siaran akhbar.

Bukan hanya Irma, turut sama-sama berkongsi pengalaman ialah selebriti Dr. Soo Wincci dan Diana Amir yang pernah menyertai delegasi ke Bosnia bagi menziarahi ibu tunggal dan anak yatim yang masih hidup dalam diskriminasi akibat peperangan.

Diana Amir menyantuni anak yatim - Gambar ihsan Islamic Relief
Diana Amir menyantuni anak yatim - Gambar ihsan Islamic Relief

“Kebajikan keluarga Muslim di Bosnia sering diketepikan dan hak mereka masih dinafikan sehingga kini. Sewaktu menjejakkan kaki di sana barulah saya sedar bahawa di sebalik keindahan negara Balkan itu tersembunyi penderitaan yang masih berlarutan,” kata Diana Amir. 

“Pernah ada yang bertanya, adakah saya pernah merasa tertekan kerana menjadi ikon bukan Islam yang pertama dalam Islamic Relief, jawapan saya tidak sama sekali.

“Matlamat Islamic Relief sangat jelas untuk membantu golongan rentan tanpa mengira apa jua bentuk perbezaan. Tiada sebarang diskriminasi. 

“Saya juga pernah turut serta dalam menjalankan kempen dan program untuk menyantuni penerima bantuan berbangsa Cina sempena tahun Baru Cina, masyarakat Muslim ketika Ramadan baru-baru ini dan juga projek bantuan persekolahan untuk anak-anak berbangsa India,” kata Dr. Soo Wincci.

Tambahnya, kita perlu sokongan semua pihak dalam usaha mewujudkan dunia prihatin. Matlamat untuk membantu ramai orang sukar dicapai jika kita bertindak sendirian.

Terdahulu, Irma, Soo Wincci dan Diana dilantik menjadi ikon kemanusiaan Islamic Relief Malaysia. 

Barisan ikon ini telah berkumpul dalam satu majlis yang dinamakan Tautan Kasih Islamic Relief Malaysia bagi meraikan serta menghargai usaha mereka dalam membantu Islamic Relief menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di dalam dan di luar negara. - Getaran, 12 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

Menangis Bukan Lambang Kegagalan

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Nora Danish Akui Perkahwinan Dilanda Krisis, Manakala Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Muzik 20 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...