web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menangis Bukan Lambang Kegagalan

Walau apa pun alasan anda menangis, jangan sesekali menganggap diri anda semakin lemah.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2024 11:10AM

Menangis adalah cara untuk meluahkan perasaan dan melegakan tekanan.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menangis adalah tindak balas semula jadi manusia terhadap pelbagai emosi. Manfaat menangis termasuklah menenangkan diri, melegakan kesakitan dan tekanan serta meningkatkan mood dan banyak lagi.

Bukanlah sesuatu yang luar biasa atau pelik untuk menangis kerana baik lelaki atau wanita, kita semua memerlukannya. Ia adalah terapi yang tidak memerlukan sebarang kos. Menangislah sepuasnya jika anda perlu.

Artikel kali ini berkongsi sebab kita menangis dan manfaat yang mungkin ada dari segi kesihatan. Walau apa pun alasan anda menangis, jangan sesekali menganggap diri anda semakin lemah. Kerana apa? Kerana menangis bukanlah lambang kegagalan semata-mata, menangis juga boleh mengundang bahagia.

Ahli psikoterapi, Sharon Martin, dari California, Amerika Syarikat mengatakan terdapat banyak manfaat menangis kepada manusia. Menurutnya, menangis adalah normal dan tidak perlu berasa malu, sama ada anda perempuan mahupun lelaki.

“Menangis baik untuk anda. Ia adalah jalan keluar yang sihat untuk perasaan. Jangan sesekali menahan tangisan kerana ia adalah sihat dan normal. Menangis adalah cara yang indah untuk meluahkan perasaan. Ia melegakan tekanan. Ia tidak menyakitkan sesiapa.”

“Menangis memungkinkan pelepasan fizikal dan emosi negatif yang terpendam. Ini akan membantu menyingkirkan fikiran negatif dan kesakitan serta memberi ruang untuk perasaan positif berkembang. Jangan tunggu kekecewaan atau kerugian besar, teruskan dan menangislah. Menangis secara teratur adalah kaedah yang baik untuk menghilangkan tekanan!” tulis Sharon.

Menangis mampu melegakan perasaan sehingga membawa kepada mood gembira.
Menangis mampu melegakan perasaan sehingga membawa kepada mood gembira.

Menerusi entri Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, dijelaskan bahawa menangis mempunyai manfaat kesihatan yang baik. Ini kerana selepas menangis, bola mata yang kering akan kembali lembab.

Mata juga akan berasa lebih lega dan bergerak dengan lebih lancar. Ini kerana air mata juga mengandungi bahan anti kuman yang melindungi dari jangkitan mata. Air mata mengandungi lysozome yang dapat berfungsi sebagai antibiotik semula jadi.

Menangis akan membuatkan air mata mengalir ke rongga hidung. Jadi, ruang pernafasan akan menjadi lebih lancar dan degupan jantung akan kembali normal. Dengan itu, seseorang itu akan berasa lebih lega dan tenang.

Berikut empat lagi kebaikan selepas menangis:

  1. Kesedihan dan kedukaan yang di alami dapat diredakan. Tangisan akan merangsang daya parasympathetic yang membantu seseorang individu untuk bertenang.
  2. Anda akan berasa mudah tidur. Ada yang terlena dengan air mata yang masih bergenang. Jika anda mempunyai bayi, cuba perhatikan perkara ini, bayi biasanya akan tertidur selepas menangis.
  3. Hormon oxytocin dan endorphins akan dirembeskan. Hormon ini membantu untuk melegakan kesakitan fizikal dan emosi. Hormon ini juga berfungsi untuk mewujudkan kegembiraan dan keseronokan.
  4. Toksin dan bahan kimia yang menyebabkan stres akan di keluarkan menerusi air mata. Pengkaji percaya, menangis dapat mengurangkan toksin di dalam tubuh badan.

Jadi, menangislah untuk hari-hari yang lebih menggembirakan. Rasulullah S.A.W adalah individu yang sering menangis. Baginda menangis bukan kerana lemah, tetapi baginda menangis ketika solat, saat mengingati Allah.

Dengan menangis, maka hati mudah tersentuh dengan kekuasaan Allah. Menangis juga menjadikan diri seseorang rendah hati, mudah mengingat dosa dan menjauhi hal-hal yang tercela.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Menangis juga merupakan antara tanda-tanda kemurungan. Dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan sekiranya anda:

  • Menangis tanpa sebab yang jelas
  • Menangis terlalu kerap
  • Menangis mengakibatkan kehidupan harian anda terjejas
  • Menangis yang tidak terkawal

Selain itu, anda juga boleh menghubungi talian bantuan krisis kesihatan mental HEAL (Help with Empathy And Love) di 15555 yang beroperasi pada setiap hari termasuk cuti umum dari jam 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam. – Getaran, 2 Ogos, 2024

Foto : Unsplash

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Mengaku Jual Motor Kerja Gila, Derrick Akui Pengorbanan Berbaloi

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Jarang Menangis, Air Mata Scha Al Yahya Tumpah Saat Bercerita Tentang Mahligai Perkahwinan Yang Sudah 11 Tahun Dibina

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Tak Menangis Atau Tumpah Darah, Semua Itu Fake! - Emma Maembong Tidak Faham Kenapa Isunya Berpantang Jadi Viral 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Shuib Akui Air Matanya Beberapa Kali Tumpah Kerana Luahan Hati Pendengar Suria FM

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 9 jam yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

oleh Rahayu MN