web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mengaku Jual Motor Kerja Gila, Derrick Akui Pengorbanan Berbaloi

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2024 9:09PM

Aksi Derrick menangis bertebaran di media sosial manakala gambar di sebelah kanan ialah motosikalnya yang dijual - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Melepaskan motosikal kesayangan semata-mata untuk menonton Harimau Malaya beraksi di luar negara sememangnya ‘kerja gila’.

Tapi siapa sangka, ‘kerja gila’ itu membuatkan nama Derrick Gan tersohor seluruh negara.

Aksinya yang menangis ketika skuad negara menghasilkan jaringan dalam perlawanan menentang Korea Selatan untuk Piala Asia 2023 semalam sudah cukup menggambarkan semangat patriotisme dimiliki.

“Awak dah kenapa buat kerja gila?” kata Derrick, mengulang semula soalan yang dihamburkan ibunya, sebaik sahaja dia memberitahu mahu menjual motor bagi membiayai tiket penerbangan ke Qatar.

Kata pemuda itu kepada Getaran, seisi keluarganya terkejut dengan keputusan berkenaan, yang disifatkan sebagai satu ‘kerja gila’.

“Memang ramai yang ‘bising’ tapi saya buat rileks saja,” katanya sambil ketawa.

Jelas Derrick, hasratnya bagaimanapun menerima sokongan padu isteri, yang dianggap sebagai tulang belakang dan penyokong kuatnya selama ini.

“Isteri saya okay saja bila diberitahu. Dia memang tahu suaminya seorang Ultras tegar.

“Kami dah kenal sejak di sekolah menengah, dia masak sangat dengan minat saya,” katanya sambil memberitahu, motosikal berkenaan adalah kenderaan kedua dimiliki, selepas sebuah kereta yang kini digunakan isteri.

Derrick Gan menjadi terkenal sekelip mata apabila aksinya yang menangis ditayangkan di televisyen - gambar Facebook
Derrick Gan menjadi terkenal sekelip mata apabila aksinya yang menangis ditayangkan di televisyen - gambar Facebook

Walaupun sedih berpisah dengan ‘harta’ kesayangan, Derrick mengakui pengorbanan tersebut amat berbaloi.

“Menyaksikan Harimau Malaya mencatatkan keputusan membanggakan bagaikan mimpi menjadi nyata buat saya.

“Sudah lama saya impikan detik ini, melihat Malaysia beraksi di kejohanan utama luar negara,” katanya.

Ditanya mengenai motosikal baharu yang bakal dihadiahkan seorang usahawan kepadanya Selasa depan, Derrick dengan jujur memberitahu, dia masih memikirkan tawaran berkenaan.

“Saya tahu mengenai tawaran itu tapi saya masih belum membuat sebarang keputusan.

“Sebenarnya, saya berpendapat lebih baik motosikal terbabit dihadiahkan kepada insan yang lebih memerlukan. Saya ada pekerjaan tetap, dan tidaklah hidup susah. Walaupun tidak mewah, tapi hidup saya selesa,” katanya. - Getaran, 26 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Menangis Bukan Lambang Kegagalan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari