Berita Terkini

1 jam yang lalu: Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan 1 jam yang lalu: Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC 1 jam yang lalu: 3 maut dalam kemalangan babitkan 2 kenderaan di Tangkak 1 jam yang lalu: Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat 1 jam yang lalu: Panasonic tawar MSS susulan penutupan 2 jabatan pembuatan

IKUTI KAMI


Saya Tak Menangis Atau Tumpah Darah, Semua Itu Fake! - Emma Maembong Tidak Faham Kenapa Isunya Berpantang Jadi Viral 

“Alhamdulillah, daripada anak pertama sehingga kedua, saya bersalin secara normal. Tidak ada koyak, jahit atau sebagainya,” kata Emma. 

Selebriti Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 12:04PM

Emma bersama anak keduanya. - Gambar Instagram

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Sebenarnya, kalau hendak diikutkan, memang saya tak nak cakap, tak nak bagi komen atau tak nak bagi sebarang kenyataan pasal isu-isu pantang nih. Saya nak diam sahaja. 

“Tapi rupa-rupanya, lagi saya diam, lagi menjadi-jadi dan bermacam fitnah yang saya tengok di FB dan di tempat lain. Macam-macam orang cakap pasal saya, jatuh peranakanlah, menangislah, apa semua,” kata Emma Maembong. 

Atas sebab itu, pelakon cantik yang merupakan anak kepada seniman dan pelukis tersohor, Ismail Maembong ini terpaksa memuat naik sebuah hantaran video di Instagram miliknya itu bagi menepis semua tanggapan dan fitnah yang tidak benar. 

Menurut Emma yang memiliki 11 adik-beradik termasuk pelakon Yaya Maembong dan juga Caca Maembong, dia sama sekali tidak faham kenapa isunya berpantang ini terlalu beriya diperkatakan. 

Gambar tangkap layar Instagram emma_maembongofficial
Gambar tangkap layar Instagram emma_maembongofficial

“Siapa yang nasihat dan tegur saya secara baik, saya rasa mungkin dia orang sayang dan ambil berat pada saya dan sekadar mengingatkan sesama wanita. Terima kasih…  

“Tapi ada yang komen beriya sampai marah sangat. Seolah-olah, macam dia orang nih duduk sebelah saya, macam dia orang tau pula saya pantang atau tidak, macam mereka tahu gerak-geri saya.

“Dekat sini, saya nak perbetulkan. Alhamdulillah, saya sihat. Tidak ada seperti viral-viral yang cakap saya menangis atau tumpah darah, semua itu fake (palsu). 

“Saya berpantang. Jangan risau. Saya berpantang dengan Bondacare. Kalau korang semua nak tahu korang boleh pergi ke IG Bondacare. 

“Semua saya dah lakukan. Saya nak bertungku, bertangas, berurut, sauna, memakai korset segala-galanya sehinggalah mengambil jamu, semua saya buat,” jelasnya. 

Hantaran video yang dimuat naik Emma itu juga dikongsi perkhidmatan untuk ibu-ibu berpantang itu menerusi akaun Instagram mereka. 

“Tapi, Alhamdulillah, daripada anak pertama sehingga kedua, saya bersalin secara normal. Tidak ada koyak, jahit atau sebagainya. 

“Jadi, saya dah boleh bergerak, saya geraklah sikit-sikit. Dia sebenarnya ikut atas badan kita. Kalau badan kita jenis manja, tak boleh nak bergerak sana-sini, itu badan anda-lah kot . 

“Macam saya, saya dah terbiasa bekerja sebelum ini. Time pregnant pun saya syuting juga. Saya memang aktif dan bila saya aktif, saya cepat sihat dan sembuh. 

“Pemakanan kita pun kena jaga. Semua kena jaga. Sebab semua manusia nih lain-lain, tidak ada yang sama. Pantang pun lain. Semua benda lain. 

“Ada orang, mungkin waktu  dia bersalin dia koyak sampai bawah,  tak boleh bergerak dan kena berpantang sampai 100 hari. 

“Macam saya, Alhamdulillah, saya dah boleh terus gerak dan boleh jalan terus cuma saya taklah berlari pergi sertai marathon 100 meter. Tidak adalah. Saya jalan sikit-sikit juga. Bukan jalan beriya-iya.

“Tapi, takkanlah disebabkan orang yang berpantang dan tidak boleh bangun dan gerak, hendak disamakan dengan orang lain,” katanya lagi. 

Emma cukup menghargai doa dan keprihatinan peminatnya. - Gambar Instagram
Emma cukup menghargai doa dan keprihatinan peminatnya. - Gambar Instagram

Menurut Emma lagi, walaupun sewaktu pantang dia sudah boleh bergerak, berjalan dan tidak rasa sakit, namun dia tetap menjaga dan memelihara dalaman dirinya. 

“Saya tetap makan vitamin. Makan benda yang sihat dan sampai hari ini saya tidak menyentuh ais, tidak makan benda-benda manis. 

“Kalau masa awak berpantang dulu, awak kena kepit sampai 100 hari, itu mungkin cara awak untuk pulih. Saya tak boleh menghakimi. Macam saya, Alhamdulillah, saya boleh gerak. 

“Hendak nasihat boleh, tak salah, nak tegur, tak salah. Tapi yang beriya sampai sumpah-menyumpah, itu yang salah. 

“Tak payah korang nak bergaduh-gaduh pasal isu saya berpantang. Banyak lagi isu negara lain yang penting yang korang patut amik tahu. 

“Banyak lagi drama-drama yang tengah hit yang korang boleh bercerita berbanding kisah berpantang saya nih. Saya macam terfikir, apo? 

“Saya bukan buat video ini untuk bergaduh dengan netizen. Tapi, saya buat video nih untuk bagitau saya sihat, yang lain-lain tuh fitnah. 

“Doakan yang terbaik antara satu sama lain. Doakan yang baik, tak payah komen jahat-jahat. Masing-masing ada pendapat dan pandangan sendiri. 

“Kena sentiasa hormati antara satu-sama lain. Saya doakan yang terbaik untuk wanita di luar sana. Enjoy your life, enjoy your body,” katanya lagi. – Getaran. 19 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

Rakyat Malaysia Memang Suka 'Content' Yang Bangang – Ifa Raziah Komen Pasal Isu Tarian Gelek Dengan Aliff Syukri 

2

Selebriti 6 hari yang lalu

Puteri Balqis Selar Pelakon Berusia 14 Tahun Yang Cuba Cari Fasal Dengannya, Netizen Petik Nama Qistina Raisah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kerajaan Harus Segera Tunai Janji Bentang GEG, RUU Kawalan Produk Merokok Di Parlimen 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Larangan Merokok Bukan Hukuman, Tetapi Demi…

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Selamat Hari Gawai - Lagu Iban, Richah Gawai Ciptaan Dan Nyanyian Ramles Walter Trending Nombor Satu Di YouTube 

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

Kenyataan Awesome TV Biadab, Gesa Mohon Maaf Secara Terbuka - Persatuan Filem

Beberapa persatuan perfileman dalam kenyataan berasingan hari ini meluahkan rasa kecewa dengan tindakan stesen televisyen terbabit dan menggesa Awesome TV membu...

Selebriti 12 jam yang lalu

'Ada Banyak Lagi Isu Di Malaysia Yang Kita Boleh Ketengahkan' - Aina Abdul Respon Tentang Kecaman Netizen Terhadap Fesyennya

Menurut Aina Abdul, ada netizen yang ingin memboikotnya gara-gara baju yang dipakai di Big Stage minggu lalu. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 20 jam yang lalu

Memasuki Usia 40 Tahun Dan Masih Belum Bertemu Jodoh, Sherry Ibrahim Tak Kisah Andai Digelar ‘Andartu’

oleh Helmi Anuar