Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Jarang Menangis, Air Mata Scha Al Yahya Tumpah Saat Bercerita Tentang Mahligai Perkahwinan Yang Sudah 11 Tahun Dibina

Selama 11 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama Awal Ashaari, Scha akui telah melalui banyak ‘struggle’ namun dia bersyukur dikurniakan suami seperti Awal.

Selebriti Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 2:12PM

Scha dan Awal bahagia dikurnia dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana, 9, dan Lila Amina, 2. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jarang sekali melihat selebriti popular ini menitiskan air mata. Jika ada pun mungkin ketika saat dia dilamar oleh suaminya iaitu Awal Ashaari secara langsung di kaca televisyen lebih 10 tahun lalu. 

Namun, air mata Scha Al Yahya, 40, tumpah saat dia bercerita tentang cinta dan kasihnya terhadap mahligai perkahwinan yang dibina sejak 11 tahun lalu.

Getaran berkesempatan bertemu bekas Dewi Remaja 2006 ini sewaktu menghadiri majlis rumah terbuka anjurannya bersama suami.

Pada majlis yang sama turut diadakan acara memotong pulut kuning sempena meraikan ulang tahun kelahiran Scha yang ke-40 dan juga meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-11.

Sering kali dilihat sebagai ‘perfect couple’ yang punya ‘perfect family’ kata Scha dalam melayari bahtera rumah tangga selama 11 tahun, mereka juga punya ‘struggle’ yang orang luar tidak tahu. 

“Dan menjadi lumrah sebagai pasangan selebriti yang sudah berkahwin, ramai yang akan mempersoalkan sejauh mana mahligai yang dibina akan bertahan, memandangkan ramai rumah tangga selebriti runtuh di pertengahan jalan. 

“Memang banyak sangat ‘struggle’. Cuma saya rasa, macam tak sangka dah 11 tahun kerana saya rasa macam sekejap sangat. Memang saya ada banyak masalah. Tapi saya rasa berkat kesabaran masing-masing yang membuatkan kami berdua, Alhamdulillah setakat ini masih lagi boleh bertahan.

“Kami ada ‘struggle’ kami sendiri yang orang tak tahu. Tetapi, seperti yang saya katakan, Awal banyak menguatkan saya. Dia banyak tunjuk contoh yang baik untuk saya. Inilah jodoh saya. Sampai bila jodoh ini akan berkekalan saya pun tak tahu. Tetapi, kita cuba selagi boleh,” ceritanya sambil mengalirkan air mata dan menahan sebak. 

Ditanya apa yang membuatkan dia tiba-tiba sebak dan mengalirkan air mata kerana dia dilihat jarang sekali menangis, kata Scha dia juga tidak tahu kenapa.

“Saya tak pernah menangis untuk benda-benda macam ni. Tak tahulah kenapa hari ini saya menangis. Mungkin kerana faktor umur kot. Tapi seperti yang semua kata, 11 tahun perkahwinan adalah satu jangka masa yang lama. Tetapi bagi saya, 11 tahun ini masih lagi singkat. Rasa macam baru lagi berkahwin dengan Awal. Banyak lagi benda yang saya kena belajar,” kongsinya. 

Bagi Awal pula, apa yang orang di luar sana tak tahu adalah apabila dia dan Scha bergaduh, mereka ibarat bergaduh dengan musuh. Namun, komunikasi antara kedua belah pihak adalah kunci kepada segala masalah. 

“Kalau tengok gaduh-gaduh di Instagram itu macam manja sangat. Sebenarnya kami bergaduh macam musuh yang bergaduh. Kalau orang tengok mesti mereka tak sangka. 

“Tetapi perkara sebegini memang kami tak kongsikan kepada umum. Kalau ada apa-apa masalah sekali pun, ia cuma berlaku di dalam rumah sahaja. Mungkin hanya orang dalam rumah dan kawan-kawan terdekat sahaja yang tahu apa yang terjadi. 

“Tetapi bila difikirkan semula, banyak rintangan yang telah kami lalui. Tak berbaloi untuk lepaskan perkahwinan untuk pergaduhan yang biasa. Saya sangat bersyukur kerana Scha seorang yang sangat berteru-terang. Jika ada masalah kami akan berbincang. 

“Sebagai seorang suami saya sangat bersyukur kerana jika ada masalah, Scha akan ajak berbincang. Jadi bila ada komunikasi, daripada situasi tegang, barulah kita dapat tahu apa yang masing-masing rasa dan akan minta maaf satu sama lain. 

“Dulu saya tak tahu bahawa komunikasi dalam hubungan adalah sangat penting sampailah saya kahwin dengan Scha. Mungkin, inilah resepi yang kami cuba amalkan dalam menjaga rumahtangga. Walau ada masalah besar macam mana pun, ia dapat diselesaikan dengan baik jika ada komunikasi dari kedua belah pihak,” ujarnya. 

Menurut pasangan ini lagi, mereka juga sangat berhati-hati dalam berkongsi apa-apa perkara di media sosial masing-masing.

“Mungkin dulu saya ada la muat naik ‘quotes’ perli-perli di media sosial. Tetapi bila semakin meningkat usia dan sudah 11 tahun melayari rumah tangga, Scha akan tanya perlu ke saya buat semua itu? Perlu ke nak perli dalam media sosial sampai orang luar tahu?

“Dan saya terfikir sebenarnya orang kat luar tu tunggu masa sahaja nak tepuk tangan nak tengok masalah kita jadi lagi besar. Kalau ada apa-apa masalah, jadikan media sosial sebagai tempat terakhir untuk kita pilih. 

“Kalau tengok kami lama tak ‘post’ apa-apa di media sosial, maknanya tengah gaduh la tu. Kami ambil pendekatan jika kami bergaduh, dua-dua tidak akan ‘post’ apa-apa di media sosial,” kongsi Awal.

Scha dan Awal telah berkahwin pada 4 Mei 2012. Sepanjang 11 tahun perkahwinan, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana, 9, dan Lila Amina, 2.  – Getaran, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Mengaku Jual Motor Kerja Gila, Derrick Akui Pengorbanan Berbaloi

2

TARA 3 bulan yang lalu

Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

3

Selebriti 4 bulan yang lalu

Percaya Kepada Rezeki, Scha Alyahya Tidak Gusar Sokong Palestin

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Perkahwinan Bawah Umur Catat Peningkatan Di Sarawak - NGO

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'