Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Umpama Telur Di Hujung Tanduk: 7 Masalah Perhubungan Yang Sukar Dipulihkan

Memutuskan untuk berpisah adalah pilihan yang sangat sukar lebih-lebih lagi bila pasangan sudah bercahayamata

TARA Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2023 11:52AM

Perkahwinan itu sebenarnya menuntut lebih daripada cinta untuk berjaya - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Umat Islam sangat disarankan untuk mendirikan perkahwinan kerana dengan berkahwin kita dapat menjaga pandangan, menjaga kehormatan diri, dan menjadi lebih bertakwa kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Tiga golongan yang Allah SWT menetapkan atas diri-Nya untuk membantu mereka: orang yang berjihad pada jalan Allah, hamba yang mukatab yang ingin membayar harga tebusannya dan orang yang berkahwin dengan sebab mahu menjaga kehormatan dirinya” Riwayat al-Tirmidhi (1655), al-Nasa’I (3218).

Perkahwinan itu sebenarnya menuntut lebih daripada cinta untuk berjaya kerana apabila dua individu hidup bersama, cabaran yang dihadapi tidak sama ketika belum berumahtangga. Apabila kita merelakan individu lain ke dalam hidup kita dan berkongsi suka, duka, dan segalanya, bermacam perkara boleh berlaku yang menyebabkan kita rasa sudah tidak serasi bersama, dan akhirnya memilih untuk mencari jalan keluar, meruntuhkan perkahwinan di tengah perjalanan.  

Memutuskan untuk berpisah adalah pilihan yang sangat sukar lebih-lebih lagi bila pasangan sudah bercahayamata. Namun untuk meneruskan hidup bersama itu lebih menyeksakan kedua-dua jiwa. Sebelum berlakunya keadaan ‘umpama telur di hujung tanduk’ di dalam perkahwinan, kenali 7 masalah perhubungan yang sukar dipulihkan dan elakkan diri daripada terjerumus ke dalamnya.

Curang Bersiri

Kecurangan bukanlah satu masalah yang unik dalam perkahwinan. Oleh itu Islam menyarankan agar isteri sentiasa meminta keizinan suami untuk berurusan di luar rumah, waima untuk pergi ke kedai berdekatan sekali pun, dan suami diminta untuk menundukkan pandangan dan menjaga diri apabila isteri tiada di sisi. Malangnya, realiti zaman ini menyaksikan ramai pasangan yang telah berkahwin tergelincir dari landasan dan membuat perhubungan dengan orang lain. Tetapi, bukan semua kes akan melibatkan penceraian. Selalunya pasangan akan memberi peluang sekali atau dua kali untuk si curang memperbetulkan keadaan. Masalah kronik timbul apabila kecurangan ini dilakukan berkali-kali tanpa ada perasaan sedar diri atau ada ciri-ciri untuk kembali ke pangkal jalan. Hati yang sering diremukkan selalunya tidak akan dapat menzahirkan rasa cinta, lantas mencari jalan keluar untuk bahagia.  

Penipu Tegar

Pasangan yang tidak jujur menimbulkan banyak prasangka dalam perhubungan. Tiba-tiba hilang dari rumah dan tidak tahu ke mana perginya. Bila ditanya, banyak berdolak-dalih dan tiada bukti sahih di mana dia berada. Kerahsiaan ini menyulitkan perhubungan kerana dalam hati pasangan terdetik, apakah perkara yang dia sembunyikan? adakah dia seorang yang curang? Dan ini akan merosakkan perhubungan dalam jangkamasa panjang.

Kaki Bangkang

Bukan semua perkara perlu dibawa bertengkar. Beralah itu lebih banyak faedahnya daripada bertegang urat, walaupun untuk perkara-perkara kecil. Dan apabila terdapatnya perbezaan pendapat, kedua-dua pihak mahu menang dan merasakan apa yang mereka rasakan itu betul. We can always agree to disagree, memilih untuk bersetuju berbeza pendapat. Benda-benda remeh yang dipanjang-panjangkan akan menyebabkan pasangan tidak dapat memaafkan pihak satu lagi dan ini akan membawa kesan negatif kepada perhubungan. Hidupkanlah Sakinah dalam perkahwinan bukan menjemput syaitan mengeruhkan keadaan.

Nafsu Tidak Seirama

Ini merupakan masalah besar yang selalunya akan menyebabkan perhubungan tidak mampu bertahan atau jika diteruskan akan membuatkan pasangan ini derita berpanjangan. Adalah menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk melayan keinginan suami tetapi segala aktiviti di dalam bilik tidur ini hendaklah dilaksanakan dengan penuh adab dan penghormatan antara satu pasangan dengan yang lain. Keredaan dan keizinan pasangan itu penting untuk mencapai ketenteraman dan kepuasan yang diredhai Allah SWT.

Diriku Adalah Segalanya

Ah si narsisis… dia hanya nampak dirinya dalam semua sudut, di dalam semua aspek kehidupan. Pasangannya tidak diendahkan kerana narsisis melihat si dia umpama seorang yang melukut di tepi gantang, tidak penting dan tidak diperlukan. Jika pasangan anda seorang narsisis, perhubungan tentu akan merana kerana dalam perhubungan ini, tiada istilah kita, hanya dia.

Kutuk-Mengutuk

“Adoi badan you macam anak gajah,” kata si suami. “I suka muka yang macam Fattah Amin, apalah nasib dapat you,” kata si isteri. Penghinaan pasangan secara kerap dan berterusan adalah tidak sihat dalam perkahwinan kerana hati si penerima luluh setiap kali dikutuk orang yang disayang. Mungkin ramai yang merasakan ianya hanya gurauan sehinggalah kutukan itu singgah ke muka sendiri. Penghinaan akan meretakkan perkahwinan yang dibina kerana sedikit demi sedikit hati akan membenci pasangan yang tidak menghargai.

Ruang Kongsi Ditutup Rapat

Komunikasi antara suami isteri itu sangat penting dalam melayari bahtera perkahwinan. Pasangan yang sentiasa menolak dan sentiasa menutup ruang dalam berkongsi perasaan dan pengalaman akan membuat seorang lagi terasa tidak diperlukan lantas menyoal mengapa perlunya dia berada di dalam perhubungan tersebut. Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam perhubungan suami isteri. Baginda SAW menghiburkan isterinya yang sedang bersedih, mengelap air matanya, memahami perasaannya, dan tidak pernah menguris perasaannya. Baginda saw juga mendengar apabila isterinya berkongsi perasaan, berhibur dan berlumba, mempertimbangkan cadangannya, tidak merendahkan isteri ketika terjadi musibah atau masalah dan Rasulullah SAW sering meluahkan perasaan cintanya kepada isterinya. Wanita ini unik penciptaannya, lantas penjagaannya juga perlu dilakukan dengan penuh rasa cinta dan kelembutan.

Hakikatnya, perkahwinan adalah kontrak antara dua individu untuk meneruskan kehidupan bersama dan membina keluarga. Ianya satu perjalanan yang tidak mudah dan jika dibebankan dengan masalah di atas besar kemungkinannya tidak mampu bertahan. Sebelum retak menanti belah, elakkan daripada melakukan perkara-perkara tersebut. - Getaran, 10 Disember 2023

Isu Pada

Jamu Selera Hiburkan Hati 16 Dis

16 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM