web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 10:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli hari ini memberi keterangan hampir sembilan jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Kenderaan Toyota Noah yang membawa beliau dilihat meninggalkan pekarangan SPRM pada 6.55 petang ini, selepas hadir memberi keterangan pada 9.50 pagi tadi bagi siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa.

"Macam-macam kes, saya pun tak pasti (disiasat di bawah akta apa)," kata Pesuruhjaya PAS Perlis itu secara ringkas kepada media ketika ditanya berhubung perkembangan siasatan dan akta berkaitan. 

Ditanya sama ada beliau akan dipanggil lagi ke ibu pejabat SPRM selepas ini untuk dirakam percakapan, beliau hanya menjawab "tidak ada".

Terdahulu,Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, berkata Mohd Shukri dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di sini.

Dua hari lepas, SPRM mengesahkan pihaknya sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air, kerana disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dianggarkan bernilai RM300,000. 

Sumber SPRM berkata, pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta, dan syarikat itu dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan lima individu termasuk anak Mohd Shukri ditahan SPRM berhubung kes membuat tuntutan palsu berjumlah hampir RM600,000. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad