web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muat Naik Video Dikatakan Aibkan YDPA, Papagomo Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 6:22PM

Tangkap layar ketika Papagomo ditahan polis di kediamannya di Setapak. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Blogger Papagomo hari ini ditahan pihak polis dipercayai berhubung dengan kenyataan yang mengaibkan Yang di-Pertuan Agong berhubung pertemuan baginda dengan pemilik kedai serbaneka KK Mart di Istana Negara, baru-baru ini.

Portal BH Online, yang memetik Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, melaporkan penahanan Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman.

Ia susulan penyebaran satu klip video berdurasi 2 minit 46 saat yang memaparkan Wan Muhammad Azri dikatakan mempersoalkan tindakan Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap pemilik kedai serbaneka itu.

Klip video sama juga dikatakan mendakwa bahawa baginda mengarahkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, 45, dituduh di mahkamah mengikut Akta Hasutan.

"Tangkapan dilakukan susulan laporan polis diterima berkaitan video berkenaan, daripada seorang peniaga berumur 41 tahun yang mengesan hantaran itu ketika melayari media sosial di rumahnya, semalam.

"Papagomo telah ditahan di kediamannya di Setapak bagi membantu siasatan, dan ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi," katanya dipetik BH Online.

Pada masa sama, Razarudin berkata, polis sedang dalam proses memohon perintah reman terhadap Papagomo bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, ketika bercakap kepada portal Malaysia Kini, Razarudin berkata, Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak, tengah hari tadi sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Terdahulu, satu rakaman video memaparkan Papagomo sedang ditahan pihak polis di kediamannya.

Melalui video itu, beliau kelihatan sempat bersalaman dengan seorang wanita, dipercayai isterinya sebelum menaiki sebuah kereta. – Getaran, 30 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad