web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 8:44AM

Aksi pemain perseorangan wanita negara Siti Nurshuhaini ketika menentang pemain Thailand, Busanan Ongbamrungphan pada saingan Kumpulan B Kejohanan Badminton Piala Uber 2024 di Pusat Sukan Chengdu High- tech Zone. gambar FB BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHENGDU - Malaysia seperti dijangka gagal melayakkan diri ke suku akhir badminton Piala Uber 2024 selepas tewas 0-5 kepada Thailand pada aksi kedua peringkat Kumpulan B di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech di sini, semalam.

Selepas tewas 1-4 kepada Taiwan semalam, Malaysia menurunkan perseorangan kedua K. Letshanaa sebagai perseorangan utama selepas bekas juara remaja dunia Goh Jin Wei direhatkan, manakala Siti Nurshuhaini Azman sebagai perseorangan ketiga.

Letshanaa memulakan saingan dengan baik tetapi untuk hanya seketika sahaja apabila perseorangan wanita ke-16 dunia S,upanida Katehong mengambil masa 31 minit untuk memastikan mata pertama Thailand menerusi kemenangan mudah 21-17, 21-6.

Lestshanaa, pemain ke-68 dunia, mengakui gagal menandingi lawan pada set kedua selepas Supanida mengubah corak permainan sehingga menjejaskan keyakinannya.

Thailand meneruskan penguasaan apabila beregu ke-10 dunia, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai menyumbang mata kedua dengan mengecewakan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing yang turun sebagai beregu pertama negara 21-10, 21-14 dalam masa 33 minit.

Pemain nombor 18 dunia, Pornpawee Chochuwong meranapkan impian Malaysia untuk bangkit semula apabila menyumbang mata ketiga Thailand dengan menewaskan perseorangan kedua negara, Wong Ling Ching 21-15, 21-15.

Thailand terus menambah derita Malaysia apabila mengutip mata keempat menerusi gandingan Laksika Kanlaha-Phataimas Muenwong yang menewaskan Chan Wen Tse-Tan Zhing Yi 21-12, 21-8 dalam masa 29 minit.

Thailand melengkapkan jadual dengan pemain ke-20 dunia, Busanan Ongbamrungphan mengalahkan pemain perseorangan negara, Siti Nurshuhaini 21-15, 21-8.

Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama pada aksi pembukaan kelmarin.

Terdahulu, Taiwan mengesahkan slot suku akhir selepas mengalahkan Australia 4-1.

Malaysia, yang kali terakhir melangkah ke suku akhir pada edisi 2010, akan melengkapkan jadual menentang Australia sementara Thailand dan Taiwan akan menentukan juara kumpulan pada Rabu ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar