web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert Ziana Zain Berlangsung Mei Depan, Tiket Serendah RM288

Peminat bakal menyaksikan revolusi persembahan seorang penghibur selaku idola, sekali gus menjadi pujaan ramai sehingga kini

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2023 12:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Ziana Zain, bakal beraksi dalam konsert solo pada 25 Mei depan, bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. 

Pengumuman itu pasti menggembirakan peminat penyanyi yang popular dengan lagu Puncak Kasih berkenaan. Kali terakhir Ziana Zain mengadakan konsert solo adalah menerusi Ziana Zain In The Park yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada 2001.

Mengulas mengenai konsert itu, Ziana ketika mengumumkannya semalam, berkata bukan mudah untuk membuat keputusan kerana  bagi merealisasikan sesebuah konsert, dia bukan sekadar melihat kepada berapa besar pulangan wang, tetapi ia turut membabitkan soal konsep, stamina serta kepuasan yang bakal diperoleh peminatnya.

 “Selepas perbincangan demi perbincangan dilakukan, akhirnya saya bersetuju. Saya tidak mahu hanya sekadar ada konsert dan menyanyi tetapi kesan manis atau kenangan terbaik tidak dirasai oleh peminat yang menyokong karier saya selama ini.

“Setiap konsert yang saya lakukan mesti ada keistimewaannya lalu boleh menjadi rujukan pada masa akan datang,” ulas Ziana.

Pada masa sama, penyanyi itu mengakui kesediaannya mengadakan konsert solo susulan pernah terbabit dalam konsert bersama adiknya, Anuar Zain di Dewan Plenari tahun lalu.

Bagi penghibur yang sudah lebih dua dekad menelusuri dunia nyanyian, melahirkan album dengan puluhan single yang menjadi ‘mainan bibir’ seperti Madah Berhelah, Putus Terpaksa, Anggapanmu, Berpisah Jua, Dingin dan ratusan hit yang menjadi pujaan peminat, persetujuan untuk menganjurkan konsert perlu diteliti dengan sangat rapi.

“Tunggu dan lihat apa yang akan dipersembahkan dalam konsert ini nanti. Yang pasti ia akan melambangkan perjuangan saya dalam dunia seni sepanjang 33 tahun ini, Insya Allah,” tambah Ziana.

Ziana Zain Konsert 2024 anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd dibawakan oleh CSA Academy selaku penaja utama. Ia akan menyaksikan gabungan hasil kreatif muzik dan pentas dari Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik beserta 16 orang pemuzik profesional, manakala Jennifer Thompson bertindak sebagai pengarah konsert.

Tiket-tiket berharga RM288 (gold), RM488 (platinum), RM688 (diamond), RM888 (VIP 1), dan RM1,088 (VIP 2) boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my/ mulai 15 Disember 2023 pada jam 10.00 pagi di laman web www.ticket2u.com.my/zianazain. 

Pembelian tiket juga boleh menggunakan sistem ‘Buy Now Pay Later’ BNPL seperti Atome dan Shopback turut disediakan di laman rasmi pembelian tiket.

Manakala untuk pembeli tiket OKU (Orang Kurang Upaya) dan pembelian tiket melebihi 50 keping boleh menghubungi hotline tiket di 01111900518. Untuk kemudahan pembeli tiket OKU, mereka hanya boleh membeli tiket di hotline tertera. Pembeli tiket OKU boleh menghadiri konsert dengan seorang peneman. – Getaran, 14 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

4

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 16 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad