web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kumpulan Slam Guna Judul Lagu ‘Nurkasih’ Untuk Konsert Terbaharu, Bukti Kasih Dan Sayang Mereka Kepada Peminat

Konsert Slam Nurkasih bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 6 Ogos ini ini juga memberi peluang kepada penonton untuk memenangi hadiah gitar.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 10:14AM

Slam akan membawakan 18 hingga 20 lagu-lagu hit mereka yang pasti akan menggamit memori - Gambar Instagram @slamofficialfansclub

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas kejayaan konsert Slam Mentari Muncul Lagi yang ditangguh pernah dua kali, kini kumpulan berkenaan sekali lagi mengubati rindu peminat dengan konsert Nurkasih yang bakal diadakan pada 6 Ogos depan.

Kehebatan kumpulan Slam yang ditunjangi oleh Shah, Eddie, Lili, Man dan Zamani memberi satu aura yang sangat kuat sehingga setiap kali kemunculan mereka pasti dinantikan serta mendapat sambutan hangat dari peminat.

Konsert Slam Nurkasih yang dianjurkan  AV Group & WMD Event ini  bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 6 Ogos ini.  Band muzik yang cukup meledak pada awal tahun 1990-an ini akan membawakan 18 hingga 20 lagu-lagu hit mereka yang pasti akan menggamit memori.

“Konsert kali ini diberi  judul NurKasih, yang merupakan salah satu judul lagu hits Slam, ia juga membawa maksud kasih dan sayang Slam kepada peminat yang di ibaratkan seperti sentiasa memberikan Cahaya (Nur ) kepada Kumpulan Slam selama ini,” kata kumpulan ini. 

Pembeli tiket Konsert Slam Nurkasih berpeluang memenangi sebuah gitar sebagai hadiah nombor tiket bertuah bagi pembeli tiket dan di buat untuk semua kategori tiket. 

Sebanyak empat buah gitar berupa dua buah gitar elektrik dan dua buah gitar akustik untuk di menangi yang ditaja khas PBH MUSIC Sdn Bhd. Layari laman web Ilasso Tickets atau menghubungi llasso Tickets di talian 03-21706333 untuk pembelian tiket– Getaran, 20  Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Impian Slam Tampil Di Pentas DFP Bakal Jadi Kenyataan Jun Ini

2

TARA 4 tahun yang lalu

2022 Tahun Artis Legenda Bikin Konsert Skala Besar

3

TARA 4 tahun yang lalu

Menghiburkan Peminat Dengan 16 Lagu, Taring Slam Masih Berbisa!

4

Selebriti 4 tahun yang lalu

Jaga Tidur, Persiapan Rapi Zamani Untuk Konsert Bersama Jamal

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN